Wednesday, February 5, 2014

SRIKANDI ANGKATAN WANITA SEDAR MENINGGAL DUNIA


Bekas ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas) Nurkiah Mahmood Baginda (foto) telah meninggal dunia jam 4:45 petang ini dikediamnanya di perkampungan perdamaian Chulabhron Pattana 12, Shukirin Selatan Thailand.

Nurkiah juga merupakan balu kepada salah seorang pemimpin kanan Rejimen Ke-10 PKM, Ibrahim Chik yang telah meninggal dunia kira-kira empat tahun lepas.

Nurkiah memimpin Awas selepas Aishah Ghani yang ketika itu ketua Awas. Awas diharamkan selepas darurat diistyharkan.

Kekosongan jawatan itu dipenuhi oleh Nurkiah. Nurkiah bersama suaminya Ibrahim Chik meneruskan penentangan ke atas penjajah dengan memasuki hutan berjuang secara gerila.

Sejak ketiadaan suaminya Nurkiah sering uzur, dan kedua belah matanya sudah tidak nampak. Allahyarham juga tidak mempunyai cahaya mata dan hidup secara bersendirian selepas suaminya tiada. Makan minumnya dijaga oleh seorang anak angkatnya dan rakan-rakan sepejuang di perkampungan berkenaan.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah prkuburan Sungai Golok, esok. Al fatihah. [wm.kl.10:17 pm 04/02/14] - sumber MSO

No comments:

Post a Comment