Sunday, February 9, 2014

Solusi Bagi Kenaikan Harga Ikan Jawatankuasa Muhyiddin Yassin Galak Beli Ikan Sejuk Beku


Muhyiddin Yassin layak digelar bapa jawatankuasa di Malaysia ini. Semasa kemelut pertambahan bebanan kerja guru diperkatakan umum secara meluas pada tahun 2010, Muhyiddin bangkit dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah beban berlebihan yang ditanggung oleh guru.

Jawatankuasa berkenaan telah mengeluarkan 28 usul untuk mengelakkan beban tugas berlebihan kepada guru-guru. Hasilnya tiada apa-apa.Tiada tindakan dilakukan oleh pihak Muhyiddin Yassin malah beban guru bertambah lagi dengan perlaksanaan PBS mulai tahun 2011.

Apabila kerajaan Malaysia pimpinan Najib menaikkan harga minyak dan mengurangkan subsidi gula yang menyebabkan harga barangan pengguna meningkat mendadak, Muhyiddin Yassin sekali lagi menubuhkan jawatan kuasa pantau kenaikan harga barang.

Memanglah jawatankuasa itu memantau harga barang. Tetapi apa kesan daripada pemantauan tersebut? Adakah penubuhan jawatankuasa tersebut membantu dalam mengekalkan atau menurunkan harga barang?

Menyedari jawatankuasa tersebut gagal membantu dalam menangani kenaikan harga barang, Muhyiddin Yassin akhirnya menyeru rakyat malaysia agar hanya membeli ikan sejuk beku sebagai jalan penyelesaian. Itulah solusinya... lawak beb!

Berapa kos yang telah digunakan oleh jawatankuasa pemantau kenaikan harga barang tersebut? Itu sahajakah nilai kebijaksanaan Muhyiddin Yassin dalam menangani kenaikan harga barang?

Kalau macam tu tak payah tubuh jawatankuasalah... wakaka



1 comment:

  1. Jom jadikan ikan sejuk beku sbg trending terbaru selepas kangkung..haha

    ReplyDelete