Thursday, February 6, 2014

Sikap Perkauman Ngo yang tawar RM500 untuk tukang lempang muka Teressa Kok bakal sebabkan BN kalah teruik di Kajang

Perbuatan yang terang-terang menunjukkan dasar perkauman yang dipamer oleh beberapa NGO yang membela Rosmah Mansur dan memusuhi Teresa Kok bakal menyumbang kepada kekalahan lebih teruk Barisan Nasional dalam PRK N25 Kajang kelak.

Pakatan Rakyat sebenarnya beruntung kerana tidak perlu lagi bersusah payah berkempen memandangkan kempen sudah dilakukan oleh pihak lawan untuk memihak kepada Pakatan Rakyat.

Kepada semua pengundi Kajang terutama yang berketurunan cina. Jangan anggap semua ini lakonan. Ini adalah kebenaran. Jika cina Kajang masih undi BN bermakna cina Kajang memang bodoh.


Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini melaungkan amaran keras kepada pemimpin-pemimpin politik kaum cina agar berhenti daripada mempersendakan bangsa melayu dan agama Islam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Zulkifly Sharif berkata, tindakan mereka sejak akhir-akhir ini dilihat sengaja mencetuskan kebencian terhadap kepimpinan yang diterajui oleh bangsa melayu di negara ini.


"Selepas PRU-13, orang-orang melayu dan agam Islam tidak henti-henti dipersendakan di negara ini dengan pelabai provokasi yang ditunjukkan oleh segelintir ahli-ahli politik serta pemimpin kaum cina.

"Kami orang-orang melayu telah lama memerhati dan masih bersabar, tetapi kesabaran kami tetap ada hadnya dan telah hampir sampai ke kemuncaknya.

"Ini semua merupakan propaganda bagi mencetuskan kebencian rakyat dan penghinaan kepada kepimpinan melayu," katanya kepada pemberita semasa demonstrasi aman di hadapan Menara Maybank di sini hari ini.


Zulkifly menjelaskan, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan tidak terlalu tunduk kepada permainan politik daripada pihak pembangkang.

Katanya, kaum melayu di negara ini juga telah lama memendam perasaan sabar di atas penghinaan ini tindakan provokasi melampau dari pemimpin kaum cina ini dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan kaum.


"Kepada kepimpinan negara, ambillah tindakan yang tegas kerana kami takut jika tiada apa-apa tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang suka mencetuskan provokasi kaum terutama ahli politik, kami bimbang peristiwa 13 Mer 1969 boleh berulang ~ RakyatNews

2 comments:

  1. Menhina bangsa lain dan mempersenda2 dan menghina agama lain tidak mengapa kepada puak2 ini; seolah2 perbuatan kurang ajar tersebut amat terpuji. Apabila orang lain bertindakbalas terhadap perbuatan2 dan perkataan2 biadab; mereka melenting. Puak ini mengaku cukup islamik dan amat sayang kepada Rasullullah saw; tapi adakah ini yang diajar oleh Nabi saw atau diperintah oleh Allah? Bukankah Allah telah memberi ingatan supaya jangan kita mempersenda agama lain nanti mereka akan mencaci agama Islam. Kita kena cermin muka kita dulu sebelum kita marah kepada orang lain. dan tolong jangan seret bangsa dan agama Islam dalam kebencian anda terhadap sesiapa.

    ReplyDelete
  2. Menhina bangsa lain dan mempersenda2 dan menghina agama lain tidak mengapa kepada puak2 ini; seolah2 perbuatan kurang ajar tersebut amat terpuji. Apabila orang lain bertindakbalas terhadap perbuatan2 dan perkataan2 biadab; mereka melenting. Puak ini mengaku cukup islamik dan amat sayang kepada Rasullullah saw; tapi adakah ini yang diajar oleh Nabi saw atau diperintah oleh Allah? Bukankah Allah telah memberi ingatan supaya jangan kita mempersenda agama lain nanti mereka akan mencaci agama Islam. Kita kena cermin muka kita dulu sebelum kita marah kepada orang lain. dan tolong jangan seret bangsa dan agama Islam dalam kebencian anda terhadap sesiapa.

    ReplyDelete