Wednesday, February 26, 2014

Siapa Pedajal Tuan Guru Haji Hadi Hingga Terpaksa Bayar Saman RM 2 juta

Siapa tidak terkilan apabila TGHH diperintah bayar saman sebanyak RM2 juta kepada seorang calon PKR yang mendakwa dituduh sebagai penjual pil kuda oleh Tuan Guru Haji Hadi.

Dari mana Tuan Guru hendak mendapat wang sebanyak itu? PAS dengan harapan tinggi melaksanakan solat hajat agar saman tersebut diketepikan.

Namun yang sedihnya ialah tindakan Tuan Guru Haji Hadi sendiri yang enggan memohon maaf setelah gagal membuktikan tuduhannya.

Memang perkara ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi kerana TGHH adalah Presiden PAS manakal tukang saman adalah calon PKR yang menjadi sekutu dalam Pakatan Rakyat.

Kita imbas kembali senario PRU 13

Semasa kempen pilihan raya umum lepas Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah berceramah di Marang pada 22 April menyatakan dengan jelas kononnya PAS terpaksa menghantar calon bagi menentang calon Pakatan Rakyat (PR) kerana 3 alasan :
1. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana lambat menghanta       borang pencalonan.
2. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana terlibat menjual pil kuda.
3. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana berfahaman komunis.
Sehubungan itu Che'gu Bard yang kalah akibat tindakan calon PAS turut bertanding telah menulis surat terbuka kepada TGHH menuntut beliau membuktikan tuduhannya atau memohon maaf jika tersilap kata.
Semoga surat ini Datuk Seri baca dengan tenang dan jauh daripada prasangka. Sesungguhnya tiada seorangpun dari kita yang mampu menongkat langit.

Saya mengulang tuntutan saya. Saya menuntut Tuan Guru untuk menyebut dengan jelas siapa yang komunis dan siapa penjual pil kuda sebenarnya? Apa buktinya ? Atau jika gagal membuktikan dan menyebut dengan jelas maka Datuk Seri perlu tampil memohon maaf secara terbuka seperti mana tuduhan itu dilemparkan dengan mendedahkan sumber maklumat yang menyebabkan Datuk Seri tersalah sebut ketika memberikan ucapan itu.

Saya orang muda yang banyak kelemahan memohon maaf jika terkasar namun saya yakin saya perlu menuntut hak saya untuk dibersihkan fitnah yang terpalit ke atas saya. Yakinlah tampil memohon maaf tidak akan mengurangkan sedikitkan darjat manusia malah Tuan Guru akan semakin dihormati.

Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya. – 17 Disember, 2013.
Saman yang dikemukakan hanya setelah Tuan Guru Haji Hadi melalui peguamnya pada 7 November 2013 telah menafikan beliau telah membuat kenyataan sedemikian. (Mengapa TGHH menafikannya sedangkan banyak bukti termasuk video di bawah dengan jelas menujukkan kenyataan beliau adalah sama seperti didakwa.)

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ini bermakna TGHH telah diberi ruang sebanyak dua kali untuk memohon maaf namun beliau tetap enggan berbuat demikian.



Kenyataan TGHH telah membawa kepada pengingkaran Tahaaluf Siyasi antara PAS dengan PKR serta DAP. Pengingkaran tersebut telah menyebabkan PR kalah di ketiga-tiga kerusi yang ditandingi PAS menentang calon PKR dan calon BN.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…
Sebenarnya Tuan Guru haji Hadi tidak diperdajal sesiapa tetapi keenganannya memohon maaf adalah punca saman 2 juta ini.

Meskipun demikian gua berharap ada jalan penyelesaian terhadap saman 2 juta ini demi maruah TGHH dan Pakatan Rakyat. Harap TGHH sedia memohon maaf jika diberi peluang kedua.


7 comments:

  1. Inilah dikatakan sebab pulut santan binasa dik kerana mulut hidup akan sengsara, jangan ingat bila dah jadi presiden kita boleh cakap apa saja bila diberi tahu oleh dalang yang salah maklumat , fikir dahulu sebelum keluar ucapan , itulah sebabnya dizaman sahabat mereka akan siasat dulu sebelum bertindak , yang presiden nie dia ingat semua orang dikeliling dia semua betul itulah sebabnya jadi bagini, jika sebelom tindakan undang-undang diambil dia mohon maaf apa salanya kurang pun tidak rugi jauh sekali bahkan akan disanjung diatas kerendahan diri sendiri ini hendak tunjuk ego ,itulah balasan yang kita dapat ,selalu nasihat ahli bawahan terima teguran tapi diri sediri ego melebihi jawatan yang disandang.

    ReplyDelete
  2. Bhai HM...

    Hahaha.... nak bising aper lagi.... dah dibagi chan mintak maaf tapi buat derk.... layan jer la.... Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. Sebab itu Trganu cuma dapat satu penggal.Selagi ta di bersihkan serigala2 dlm PAS.PAS akan kekal bermasallah.

    Banyak sangat ayam betina yg berkokok sekarang semenjak dari Asang Ali

    ReplyDelete
  4. kes ini kalau tidak diselesaikan sebelum pilihan raya Kajang kedudukan Anuar bolih jadi tergugat.

    ReplyDelete
  5. jangan tarik balik please, biar dia bankrap, pas dapat presiden baru

    ReplyDelete
  6. Minta pihak terianaya meminta hadi awang mepercepatkan Bayaran atau tindakan bankrapsi boleh dikenakan jika gagal...

    ReplyDelete