Friday, February 7, 2014

Seorang guru putus tangan manakala seorang lagi diberi cuti enam hari kerana stress melampau



Seorang guru dilaporkan telah ditebas hingga menyebabkan tangannya putus. Menurut laporan tersebut kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati seseorang terhadap tindakan guru berkenaan memulas telinga salah seorang pelajarnya.

Sementara itu menurut sumber di Klang, seorang guru yang mendapatkan rawatan psikiatri telah diberi cuti selama enam hari pada bulan lalu. Guru berkenaan dilaporkan mengalami gejala berkenaan akibat tekanan kerja yang keterlaluan. 

Menurut sumber, guru berkenaan merupakan orang kuat dalam bidang sukan sekolah. Banyak kerja-kerja melibatkan aktiviti sukan di samping waktu mengajar yang banyak menyebabkan beliau terlalu tertekan.

Beberapa sekolah di Klang terpaksa memperuntukkan waktu mengajar sehingga 30 waktu seminggu kerana kekurangan guru. Difahamkan jumlah itu adalah terlalu banyak berbanding waktu mengajar yang biasa diberikan kepada guru-guru seluruh negara yang hanya antara 23-25 waktu.

Waktu mengajar yang banyak disamping tugas-tugas perkeranian yang terpaksa digalas guru menyebabkan mereka terpaksa melakukan sebahagian kerja tersebut di rumah yang mana menjejaskan kehidupan harian mereka. 

Ini baru awal tahun. Tunggu masa PBS perlu di key-in kelak. Makin berlambak kerja cikgu-cikgu. Ramai yang komplen tak dapat peluk bini yang kerja cikgu sebab bini dok sibuk ngadap PBS hingga jam 3.00am - 4.00 am

Nah. itu berita tentang cikgu hari ini. Gua sekali lagi kempen kepada para pelajar cemerlang di Universiti jangan terpedaya dengan tawaran kerjaya guru. Kerjaya guru sebenarnya adalah berat dan berbahaya. Selain kena parang dan kerambit, guru era kini juga berpotensi disaman dan mengalami kerosakan harta benda terutama kereta. 

Jangan jadi guru. Jika nak kerja dengan kerajaan juga sila mohon jawatan PTD. Kerja senang, pangkat pun senang naik. 

Biar gua beritahu, kebanyakan jusa C hingga A adalah dari golongan PTD. Oleh itu jadilah PTD. Jika bernasib baik boleh jadi KSN. Belasah gaji berpuluh ribu.

Yang medium level tu kalau nak jadi cikgu boleh tapi berhati-hati. Tapi gua cadangkan kalau ada kerja tukang kebun yang gajinya berdasarkan ijazah lebih baik jadi tukang kebun. Jaga pokok lagi senang. Tidak membabitkan manusia yang bermacam ragam.


kedit berita dan gambar guru kena potong tangan kepada BloglistMalaysia

No comments:

Post a Comment