Monday, February 17, 2014

Rambut Bukan AUrat Wanita - Mari belajar Islam daripada Kassim Ahmad

Memang satu keputusan yang bijak apabila Nurul Izzah memilih untuk tidak hadir dalam satu program bersama Kassim Ahmad yang pernah dilabel sebagai anti hadis.

Sekiranya Nurul Izzah hadir dalam program sebegini yang jelas satu pemikiran baru tentang islam, pastinya beliau akan menerima padah yang buruk.

Beliau akan dituduh sebagai golongan yang anti hadis seperti mana dituduh ke atas Kasim Ahmad.

Semoga pandangan sebegini dapat dihujah balas oleh mana-mana ilmuan agama bagi menjelaskan kekeliruan yang dibawa oleh Kassim Ahmad ini.

Kassim Ahmad ini tidak diketahui salah silahnya perguruannya. Tiba-tiba muncul dengan menyatakan Islam amalan kita hari ini salah. Terlalu memuja Nabi Muhammad berbandiing Allah, rambut bukan aurat wanita dan ulama adalah tiruan kasta paderi.

Setelah senyap untuk beberapa ketika, pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad muncul pada usia 80 tahun dengan ideanya untuk menentukan hala tuju negara untuk tiga puluh tahun akan datang. 
Beliau, bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) sebelum memasuki Umno, kini hadir mengajak Rakyat Malaysia dan parti politik kembali kepada Islam sebenar.
Bagaimanapun idea beliau tetap kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama. 
"Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam. 
"Mereka (umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka," kata beliau ketika memberi ucapan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya hari ini. 
Kassim turut membentangkan beberapa lagi kesalahan umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita. 
Beliau berhujah berdasarkan tafsiran terhadap ayat pertama dalam surah al-Munafiqun.
Sementara itu, berkaitan aurat, Kassim berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk. 
Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”. 
Kassim yang berdepan tuduhan anti-hadis – tuduhan yang dinafikannya – turut mengajak agar al-Quran diletakkan sebagai sumber tertinggi agama dan ditafsir kembali bagi menyesuaikan kepada keadaan semasa. 
"Saya pernah cakap yang al Quran menjelaskan ia sendiri. Method lama ialah menggunakan Hadis untuk menjelaskan al Quran kurang baik kerana bermakna menganggap Nabi Muhammad itu tahu segala-galanya. Ini ridiculous, beliau hanya utusan Allah," kata beliau. 

Apabila membaca tentang Kassim Ahmad ni, gua teringat Astora Jabat dan Sisters in Islam. Masing-masing ada kolum sendiri dalam Utusan Malaysia suatu ketika dahulu.

Baca apa pula kata Dr Yuduf Al Qardhawi > Rambut wanita adalah Perhiasan yang wajib ditutup

10 comments:

  1. Umur 80 tahun dah aras nyayuk bertaubat lah pak tua dah nak mampos kubur sejengkal je. Jangan mengelirukan orang Islam orang melayu tak apa.

    ReplyDelete
  2. A'kum

    Sebenarnya saya telah menyelami cara pemikiran kasim ni sejak tahun saya di tingkatan 6 tahun 70'an lagi. Semasa itu Dato' Dr. Mahmood Zudi masih pensyarah di UM Nilam puri dan saya selalu ke majlis forum bersama Dr. Mahmood Zuhdi, Arwah Dr. Othman ElMuhammadi dan beberapa orang lagi ahli pemikir di Kelantan.

    Pada saya sejak itu lagi pemikiran Kassim sudah pun rosak dan kalau di dalam majlis forum mereka-mereka yang selalu bersama saya hadir ini selalu bertekak terutama dengan Dr. Othman dan Dr. Mahmood Zuhdi sehingga suatu ketika mereka nyaris bertumbuk!

    Yang saya tahu dari Dr-Dr. ini Kassim buta Arab. Jadi pentafsirannya hanyalah berdasarkan terjemahan dan fikirannya sahaja.

    ReplyDelete
  3. Ufti Haru Sana Sini tak nak komen ker?

    ReplyDelete
  4. fathul bari, haru sana sini , noh gadur tak akan bunyi punya sebab kassim ni umno... wakaka

    ReplyDelete
  5. setuju dengan hati muda ! parti gerombolan sekutu apco ni banyak sangat makan kangkung, ABU !

    ReplyDelete
  6. Bagaimana kalau sekiranya Pak Kassim Ahmad ini mati kita bakar aje mayat dia dan tak yah tanam seperti orang Islam yang lain.cuba tanya Pak Kassim pendapat dia mengenainya.

    ReplyDelete
  7. Kenyataan Dr Kassim, "Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”. Yang ini dia rujuk kepada wanita Melayu atau Wanita Arab???? Kalau wanita Melayu, sampai hari ini pun masih berlambak yang tidak bertudung dan semuanya ada dalam UMNO-APCO-Munafikun. Dalam PAS, spesis ini tak ada. Begitu juga dalam PKR.
    Jadi di sini pun kita dah boleh nilai setinggi mana ilmu yang ada pada Pak Kassim ni? Berdoalah kita agar Pak Kassim sedar dan bertaubat.

    ReplyDelete
  8. Salam utk semua,

    Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain.

    Cuba tanya pada diri sendiri di manakah keimanan kita yg sebenarnya? Mahu percaya kpd Allah SWT atau percaya para alim ulama (tdk ramai ulama yg benar2 mengkaji Al-Quran, mereka hanya baca tafsir2 yg terdahulu maka sbb itu mereka sendiri tdk nampak kehebatan dan kekuatan Al-Quran)? Para ulama tdk nampak kehebatan Al-Quran sbb mereka baca Al-Quran seperti burung kakak tua, mereka tdk menggunakan akal fikiran mereka! Mereka tdk mengkajinya dgn mendalam dan bersungguh2.

    Allah SWT mengatakan Al-Quran adalah kitab yg lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara. Al-Quran adalah lebih baik dari segala-gala kitab, Al-Quran mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Malah Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah dgn Al-Quran bukannya Al-Hadith (percakapannya sendiri) (50:45) sbb Al-Quran adalah bukti yang paling jelas akan kewujudan, keesaan, dan keperkasaan Allah SWT.

    Fikirkanlah siapa yg sesat dan siapa yg beriman? Adakah orang yang anti-hadith atau org yang anti-Quran? cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Adakah org2 yg memperjuangkan Al-Quran itu sesat atau para ulama yg tdk faham kehebatan dan kemukjizatan Al-Quran?

    ReplyDelete