Sunday, February 23, 2014

Ramai Myanmar DIkesan di Kajang (video)

Tidak diketahui berapa ramai rakyat asing yang telah berada di Kajang sekarang. Dua video di bawah menunjukkan keadaan semasa di Kajang.

Jika dalam PRU 13 kita telah dihidangkan dengan banyak video kehadiran pelbagai bangsa asing di pusat-pusat mengundi di seluruh negara, kali ini di PRK Kajang telah menampakkan ura-ura yang hampir serupa.

Kehadiran ramai bangsa Myanmar di sekitar Kajang sekarang menimbulkan seribu tanda tanya. Seorang kenalan yang tinggal di Kajang mendakwa fenomena itu adalah luar biasa. Sebelum ini memang terdapat bangsa Myanmar di Kajang tetapi tidaklah seramai itu.

Bangsa ini adalah antara yang pernah ditangkap penyokong PR selain bangladesh dalam PRK 13 yang lalu.

SPR sebaliknya mendakwa bahawa warga myanmar dan bangladesh yang mengundi di seluruh negara dalam PRU 13 adalah mereka yang memiliki kad pengenalan.





* Inilah bangsa yang telah membunuh berpulu-puluh ribu umat islam di Myanmar. Tiba-tiba mereka diberi kebebasan memasuki Malaysia dan ada kemungkinan mendapat kewarganegaraan Malaysia.

No comments:

Post a Comment