Wednesday, February 26, 2014

PKR Tak Pernah Setuju TGHH Disaman - Ini Buktinya

Gua kompiden bahawa PKR telah menegah si pelaku daripada menyaman TGHH sebab gua pernah baca satu artikel mengenainya tapi bila cari semula dah tak jumpa.

Kali ini ada satu lagi artikel yang menyatakan bahawa PKR tidak pernah merestui tindakan saman ke atas TGHH.. bacalah

Selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaman RM2 juta oleh bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, PKR hari ini memberi jaminan kes saman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Shamsul berdegil meneruskan saman terhadap Hadi walaupun beliau dinasihati untuk tidak berbuat demikian.

"Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.

"Namun Shamsul bertegas beliau perlu membersihkan nama dan maruahnya akibat dakwaan yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Abdul Hadi diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperoleh Shamsul.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu
di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Abdul Hadi disaman Shamsul ekoran dakwaannya bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang PRU13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi PKR.

Ia menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan
raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor
Limbat, ketika kempen PRU lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau memfailkan saman itu.

Pimpinan PKR berkata Fahmi bagaimanapun akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan serta kesepakatan Pakatan Rakyat. – 25 Februari, 2014. - sumber

Tolonglah berakal sikit. Tanya diri sendiri 'mengapa TGHH tidak mahu mohon maaf' setelah gagal membuktikan tuduhannya.

Makluman : Rafizi Tidak pernah keluarkan kenyataan begini. Ini adalah fitnah





4 comments:

  1. para pemimpin wajib bagi contoh & teladan yang baik ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Hahaha..dah tersepit nak dapatkan sokongan di Kajang...

    ReplyDelete
  3. Siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya. Aku bukan membela TGHH tapi hanya menyatakan pendirian aku dalam hal sebagai orang luar. Yang hairannya ialah kenapa tuan punya badan tu terasa sangat sedangkan yang dua orang lagi tidak terasa. TGHH tidak menyebut nama malahan tidak menyebut dun yang mana satu. Maruah apa yang nak diselamatkan sedangkan namanya tidak disebut langsung.
    Yang kedua, saman 2 juta. Kalau betul nak selamatkan maruah, tak perlu saman sehingga 2 juta. Kalau setakat RM1 pun, dah jatuh TGHH yang dikenali tu.
    Adakah saman ni nak memalukan TGHH atau nak menambahkan prestasi kewangan dirinya yang dah tak dapat menjual pil kuda???? Hanya tuan punya diri sahaja dapat memberi jawapan dengan naiwatu yang ikkhlas dan jujur.

    ReplyDelete
  4. Klu betul Hadi Awang ni nak tegur rakat dlm pakatan @ selamatkan maruah, takkan spi keluarkan kenyataan mcm tue. Dia bukan macai dlm Pas. Dia Presiden beb. Bukan xalangX2 jawatan.

    Klu iapun ada masalah, panggil la Si Anwar ni. Hadi roger & pm Anwar, gerenti dijawab punyalah. Org no. satu dlm Pas tel beb. Setelah dibincangkan & diajukan masalah, biarlah ianya diselesaikan dikalangan ahli keluarga PKR. Yang menyibuk pulak bg komen kat orang awam [konon nak tunjuk pandai], apsal plak. Sudahnya masuk bertanding untuk curi kerusi sedara sebagai alasan setelah ckp dgn public pasal pelbagai tuduhan/ fitnah. Semua calon PKR yg menghadapi pertindihan curian kerusi oleh wakil PAS mmmg Xpuas hati. Klu blh mmg semua nak ambik tindakan. Tp cukuplah seorg jd wakil je udah le.

    Hadi Awang ni bukannya maksum. Sama mcm Anuar. Sama mcm TGNA. Sedangkan Imam AlSyafie pun pernah kata, kalau sapa-sapa jumpa perkara yg beliau nyatakan dan bahas terdapat keraguan, maka tolaklah/ ketepikanlah pandangan beliau. Begitulah hebatnya Imam AlSyafie. Blm lagi masuk bab sahabat nabi beb. Inikan pula Hadi Awang.

    Beb.... apa citer Hadi Awang tak declare duit juta-juta kutipan utk bantuan waris bg peristiwa Memali Baling tu pergi mana. Dah kutip, songlap. Waris Xdapek apaX2. Aper citer beb!

    Mcm kata shbt gua, orang agama X semestinya beragama.
    Org beragama X semestinya org agama.

    ReplyDelete