Thursday, February 20, 2014

Nabi Muhammad S.A.W menulis hadis yang disampaikan oleh Jibril???

Sebelum apa-apa terjadi gua nak mintak maaf dulu. Gua cuma ingin mengetahui kebenaran kerana gua memang jahil 99% dalam bab ini. Gua rasa suatu yang pelik apabila membaca tulisan di Malaysian Insider yang bertajuk "Selepas ditekan, Jawi, Jakim siasat Kassim Ahmad". Dalam tulisan itu The Malaysian Insider memetik Harussani sebagai berkata,
mempersoalkan syahadah sama seperti murtad, manakala menolak Hadis juga bertentangan dengan ajaran Islam kerana Nabi Muhammad bukannya menulis Hadis dengan pendapatnya sendiri, tetapi semua Hadis merupakan riwayat yang disampaikan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril.
Entahlah, adakah para ustaz dan ustazah yang mengajar gua semasa Form 1-5 dulu tersilap ajar? Menurut mereka Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang yang tidak pernah belajar membaca dan menulis. Harussani pula menyatakan bahawa nabi menulis hadis cuma bukan dengan pendapatnya sendiri.

Satu lagi kekeliruan gua ialah pernyataan 'hadis adalah riwayat yang disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibrail.' Ustaz dan ustazah gua hanya pernah mengajar bahawa Jibril menyampaikan wahyu Allah S.W.T yang kemudiannya disampaikan kepada umat manusia oleh nabi Muhammad S.A.W. Ianya kemudian ditulis oleh para sahabat di pohon-pohon kayu, batu-batu dan kulit binatang sebelum dikumpul dan ditulis dalam bentuk kitab iaitu Al Quran hari ini.

Tidak pernah pula ustaz dan ustazah menyatakan bahawa Jibril menyampaikan hadis kepada Nabi Muhammad S.A.W

Semoga para pembaca sekelian dapat berkongsi ilmu untuk pengetehuan gua khasnya dan umum amnya. Terima kasih.




8 comments:

  1. Kalau betul la apa yg ditulis oleh MI dgn kenyataan itu......dgn MUFTI2 sekali sesat barat.....Nauzubillah......

    ReplyDelete
  2. bACA LENGKAP DI SINI http://my.news.yahoo.com/selepas-ditekan-jawi-jakim-siasat-kassim-ahmad-155716031.html

    ReplyDelete
  3. Apa bendalah Mufti perak ni. Ingatkan dia boleh memberi pencerahan dalam isu ini. Tapi sebaliknya dia mengeliru dan mengeruhkan keadaan. Oiiii mufti perak.......kome lataklah jawatan kalo macam ni gayenye.

    ReplyDelete
  4. dua dua mabuk ketum... taknk keluarkn bughah ker kat tun.. hahahaha

    ReplyDelete
  5. tok peti merapu bin merepek daa ! ABU !

    ReplyDelete
  6. Nabi kita Muhammad SAW bukan buta huruf bahiii.. Adat org buta huruf ni maknanya dia tak berapa nk pandai. Senang cakap bodo! Ko nak kata nabi kita bodo?

    Nabi kita bukan bodo bhaii.. Nabi kita tu ummiy. Makna ummiy bukan buta huruf. Ummiy bermaksud pandai tanpa perlu melalui proses belajar macam manusia biasa. Tapi Allah dengan rahmatNya menurunkan ilmu terus pada roh nabi dan memahamkan akalnya terus tanpa perlu belajar. Tak sama macam kita yg perlu ke sekolah. ada alat untuk belajar. guna buku guna pen.

    Jadi pd sesiapa yg masih simpan ilmu dan pemahaman yg nabi kita buta huruf, mintaklah ampun maaf pada nabi junjungan kita. Aku paham kita semua sama je. Aku pun dulu dok ingat nabi kita buta huruf sbb ustazah/ustat masa skolah dulu dok kata camtu.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas pencerahan tuan... memang tak sia-sia gua bikin ini entri. agak memalukan tapi gua dapat ilmu dari tuan. Terima kasih sekali lagi. Gua tukar dah 'buta huruf' dengan perkataan lain.

    ReplyDelete