Wednesday, February 12, 2014

Muhyiddin janji kaji semula PBS secara menyeluruh -Janji kali ke sepuluh kot...

Bolehkah para guru mempercayai Menteri Pendidikan yang telah beberapa kali memberi kenyataan untuk meringankan tugas guru dan menambah baik sistem kerja yang membebankan para guru. 

Menjelang protes aman oleh para guru di Purajaya pada 22 Februari ini, Muhyiddin Yassin sekali lagi berjanji untuk membuat kajian secara menyeluruh terhadap sistem pentaksiran berasaskan sekolah atau PBS.

Para guru yang berkunjung ke mari sila beri perhatian kepada ayat-ayat yang bertulisan biru agar anda tidak dibuli oleh manusia-manusia yang tidak berperikemanusiaan di tempat kerja anda.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekali lagi "flip-flop" apabila Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh hari ini seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran mengumumkan perkara itu pada selepas mendapat reaksi buruk dari golongan guru yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi hujung bulan ini. 
Katanya keputusan itu adalah bagi menangani segala permasalahan yang dibangkitkan guru berkaitan PBS. 
"Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem berkomputer PBS. 
"Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April tahun ini
"Hari ini kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini. 
Terdahulu, Muhyiddin mengadakan perbincangan lebih sejam dengan guru SMK Presint 8(1) bagi mendengar sendiri permasalahan mereka. 
Kumpulan pendesak guru merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari bagi mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar. 
Bantahan yang jarang diadakan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem PBS, kata jurucakap Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). 
Himpunan ini dirancang juga biar pun berulang kali jaminan diberikan Putrajaya bahawa PBS satu keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini. 
Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan #himpunan222kpmputrajaya akan diadakan pada 22 Februari di hadapan KPM di Putrajaya. 
"Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih banyak guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini," katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang

Artikel berkaitan masalah guru di blog ini
Hakikat kerjaya guru 
PBS sistem mengarut bebankan guru
70% guru berisiko sakit jiwa
Cikgu debik pegawai khas pendidikan
Guru perlu berani lapor salah guna kuasa oleh pengetua
Guru di Klang stress melampau, psikiatri beri cuti enam hari
Mari sokong demo bantah PBS di Putrajaya

1 comment:

  1. Pergi jahanam la dgn pbs...
    Ada menteri pun serupa kangkung jugak.bengap...bengap dan bengap.buat dasar tp x pernah kaji kemampuan sistem yg ada....

    ReplyDelete