Sunday, February 2, 2014

MALAYSIA BAKAL KEHILANGAN KEPULAUAN SPRATLY KEPADA CHINA - SURUH BN LAWAN KAPAL PERANG CHINA TU DENGAN KANGKONG... WAKAKA


Negara China terus-terusan mencabar Malaysia dalam perebutan kuasa ke atas kepualauan Spratly yang tidak mencapai kata sepakat. China merupakan sebuah negara kuasa besar tentera sehebat Amerika dan Russia. Di Asia, China mempunyai kuasa untuk mendominasi tanpa saingan daripada mana-mana negara.

Beberapa hari lepas dilaporkan bahawa 3 buah kapal China telah mengadakan upacara "membaca ikrar taat setia" di James Shoal iaitu titik paling selatan kawasan tuntutan mereka di Laut China Selatan (LCS)- (lihat peta 1, garisan merah had tuntutan mereka dan garisan ini telah dimasukkan ke dalam peta rasmi China beberapa tahun lepas).

Pihak TLDM menafikannya walaupun ianya dilapor dalam lawan web tentera China dan beberapa akhbar utama dunia seperti Arab News.


Terbaru China dilaporkan akan mewujudkan zon pengenalan pertahanan udara (air defence identification zone- ADIZ) di kawasan tuntutannya, bermakna setiap pesawat yang memasuki ruang udara tersebut dikehendaki mendapat kebenaran terlebih dahulu dari China, jika tidak China berhak untuk mengambil apa saja tindakan terhadap pesawat-pesawat tersebut yang telah disifatkan "menceroboh" ruang angkasa milik mereka.

http://www.dailytimes.com.pk/foreign/01-Feb-2014/beijing-eyeing-south-china-sea-adiz-japanese-report

Kawasan yang dituntut China mengikut undang-undang antarabangsa (united nations convention on the laws of the sea (UNCLOS) adalah didalam zon ekonomi eklusif malaysia (EEZ) namun China tidak pernah mengiktiraf undang-undang ini. Kawasan yang dituntut oleh China ini bukan sahaja meliputi keseluruhan kepulauan Spratlys tetapi juga meliputi perairan Sabah, sarawak dan Brunei, di mana terdapat banyak pelantar-pelantar minyak (lihat peta 2) . (Dipercayai China memang mensasarkan telaga-telaga minyak ini memandangkan keperluan tenaga China yang amat besar sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah negara maju dengan jumlah penduduk teramai di dunia.

Mungkin ada yang menyatakan bahwa tidak mungkin china akan merampas telaga-telaga minyak ini dari Malaysia kerana hubungan diplomatik dan ekonomi yang baik antara kedua-dua negara.

Kepada yang berfikiran demikian renungkanlah kejadian 40 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1974 dimana Vietnam telah menjadi mangsa kerakusan China. Pertempuran di kepulaun Paracel yang diduduki oleh Vietnam (kerana lebih hampir dengan vietnam berbanding China) menyaksikan China menguasai sepenuhnya kepulauan paracel setelah berjaya mengalahkan tentera Vietnam di situ. Vietnam telah cuba membawa isu ini melalui PBB tetapi China telah menggunakan kuasa vetonya bagi menghalang perkara tersebut. boleh baca berita tersebut di sini;

http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_the_Paracel_Islandshttp://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_the_Paracel_Islands

Baru-baru ini Filipina juga telah menjadi mangsa kerakusan China dimana China akhirnya telah berjaya menguasai Scarborough Shoal yang letaknya begitu dekat dengan Filipina. Semua orang tahu tentera China semakin kuat sekarang terutama apabila berjaya memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat (China juga telah membina sendiri berpuluh-puluh kapal selam nuklear dan beratus-ratus kapal) ini ditambah dengan masalah ekonomi Amerika Syarikat yang menyaksikan peruntukan ketenteraan Amerika dikurangkan dengan banyaknya dan amerika terpaksa mengundurkan sebahagian besar tenteranya dari sebelah rantau asia.

Lagipun Amerika juga bergantung kepada China dari segi hutang luarnya dan ini menyebabkan amerika dilihat mengambil sikap berkecuali bila melibatkan serangan oleh China keatas negara-negara ketiga. Bila China serang Vietnam di Scarborough, Vietnam minta tolong Amerika tapi tak dapat.begitu juga dengan Filipina.

Jadi soalnya adakah kita juga hendak bergantung kepada Amerika dalam menghadapi kemaraan China, atau sepatutnya kita lebih bersedia terutama dalam meningkatkan keupayaan dan kemampuan angkatan tentera kita sendiri?

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment