Sunday, February 2, 2014

KHIR TOYO SERU BN JANGAN BERTANDING DI KAJANG WALAU BAKAL DIEJEK SEBAGAI PENGECUT

Bekas Menteri Besar Selangor yang pernah didapati bersalah atas tuduhan rasuah menggesa agar BN melupakan PRK N25 Kajang kerana mengganggap kemenangan BN di sana sebagai suatu yang mustahil.
“Don’t contest. It is quite impossible to win the seat and a victory will be pointless as it changes nothing,”
Beliau berkata demikian merujuk kepada jumlah kerusi yang diperolehi BN Selangor pada PRU13 lalu yang cuma mendapat 12 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi. Jika BN menang di Kajang sekalipun, ia tidak akan mengubah apa-apa.

Kemenangan besar Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824 pada PRU 13 mungkin menjadi penyebab Khir Toyo menganggap kemenagan di DUN itu sebagai mustahil.

Khir Toyo juga menganggap PRK Kajang merupakan satu perangkap politik. Beliau menggesa BN agar tidak bertanding kerana baginya hanya  membazir wang. Sebaliknya beliau menyeru BN memberi fokus kepada penyelesaian kenaikan kos sara hidup yang melanda rakyat Malaysia sekarang.

“So never mind if they call us cowards for not contesting. Let them. We should think about the bigger picture,”

rujukan : http://my.news.yahoo.com/nought-gain-lose-kajang-khir-toyo-tells-bn-061600297.html

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

3 comments:

  1. Have never been a fan, but I must admit he's talking a lot of sense!

    ReplyDelete
  2. Baru kali ni aku nampak Khir Toyo nampak bijak. Munkin kerana kuasa dah tak ada, otak dia dah tak kelebu asap lagi.

    ReplyDelete
  3. Bila perasuah ni nak dipenjarakan dan rampas rumah agamnya di Shah Alam

    ReplyDelete