Tuesday, February 18, 2014

Kassim Ahmad cabar debat jika tidak setuju


Zamihan adalah tokoh paling sesuai untuk berdebat dengan Kassim Ahmad ni. Berdasarkan cara beliau mengkritik Dr Asri dalam satu video memang beliau layak sesangat. Ilmunya pun cukup tinggi.

Dalam video tersebut beliau ada menyebut ayat "dia ingat kita sapa?"

Kali ini Zamihan perlu menyahut cabaran Kassim yang mengeluarkan cabaran agar sesiapa yang tidak bersetuju dengannya untuk berdebat.

Nak harap Harussani dan Fathul Bari?? Rasanya tak mungkin kot.

Harap Zamihan baca cabara Kassim ni...

Pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad mempertahankan kenyataan beliau dan mencabar pihak yang menuduhnya sesat dan murtad supaya berdebat. 
Beliau menyatakan kesediaan untuk berdebat secara terbuka di depan khalayak awam "di mana-mana dan bila-bila masa". 
"Nanti kita tengok dalam perdebatan itu siapa yang celaru dan siapa yang tidak," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. 
Semalam, dalam ucapan ketika Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", ahli akademik itu mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama. 
Selain itu, umat Islam juga didakwa mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukan aurat wanita. MK
Cuba teka siapa kaki ponggong dalam kabinet Najib

1 comment:

  1. nanti zamihan buat pekak gajah & buat bodo kot ? ABU !

    ReplyDelete