Tuesday, February 18, 2014

Kasim Ahmad Hanya Tafsir Terjemahan Al QUran Dalam Bahasa Inggeris

Tidak dapat tidak, kritikan Kassim Ahmad terhadap Syahadah kedua umat Islam hari ini yang memperakui Nabi Muhammad Rasul Allah itu sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad menyebabkan kemarahan umat Islam.
Kassim turut membentangkan beberapa lagi kesalahan umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua. baca lanjut si SINI
Siapapun yang berakal akan menolak mentah-mentah tuduhan Kassim ini. Syahadah adalah pengakuan yang mengikat pegangan agama seseorang itu. Itupun dia nak pertikai...


Rasanya eloklah kita kenal serba sedikit tantang Kassim Ahmad ini melalui tulisan Dr Azman Ibrahim yang dikutip dari facebook beliau.
Glamour pulok nama Kasim Ahmad. Saya pernah bersua secara dekat dgn beliau ketika beliau datang mengunjungi anak lelakinya yang bernama Shauki, seorang pelajar kuliyah syariah Universiti Saddam. 
Lucunya Shauki mengambil pengkhususan ilmu hadis walaupun beliau belajar sekerat jalan akhirnya ditinggalkan pengajian begitu sahaja memasuki tahun 2 pengajian. 
Semasa berbual-bual, Pak Kasim kata dia tak tolak semua hadis, tapi dia tolak hadis yang bertentangan dengan Quran. 
Sempat juga saya tanya, cuba Pak Kasim bagitahu contoh hadis yang bertentangan dengan Quran. 
Antaranya dia jawab, hukuman rejam tak ada dalam Quran dan anjing tak dinyatakan sebagai binatang najis dalam Quran tapi sebab apa Nabi pernah laksanakan hukuman rejam kepada penzina dan anjing dikira binatang najis?? 
Satu jawapan yang mengambarkan Pak Kasim tak pernah belajar ilmu nasakh mansukh. 
Pak Kasim cerita lagi, Masa kecik dulu, Shauki ada seekor anjing yang dipelihara sebagai binatang manja. 
Kata Pak Kasim lagi, saya baca Quran dalam bahasa Inggeris, bukan Quran Arab. Saya telah mengkaji Quran lebih 20 tahun! 
Ini antara yg saya masih ingat kenangan pertemuan dgn Kasim Ahmad di Baghdad sekitar awal tahun 1994... - DrAzman Ibrahim
Untuk menguatkan lagi maklumat mengenai Kassim Ahmad sila baca printscreen di bawah


Kassim mungkin terikut-ikut dengan fahaman barat yang mendakwa Islam adalah doktrin Muhammad. Bukan agama sebenar tetapi agama yang dicipta oleh Muhammad untuk kepentingan peribadinya. Barat menggelar Islam sebagai Muhammadinisme

Cuba teka siapa kaki ponggong dalam kabinet Najib

2 comments:

  1. Sesat lagi menyesatkan. Oiiiiii Kasim....bawaklah bertaubat. Kubur dah melambai-lambai dah tu.

    ReplyDelete
  2. Salam utk semua,

    Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain. Kitab2 lain yg kononnya berfungsi utk menjelaskan ayat2 Al-Quran inilah yg tlh menjauhkan umat Islam dari Al-Quran sehingga Al-Quran dijadikan barang perhiasan sahaja dan bukan lagi sumber ilmu yg maha agung.

    Inilah kejayaan yg amat besar bagi yahudi dan nasrani sbb bukan sahaja tlh berjaya menjauhkan umat Islam dari Al-Quran malah berjaya mmbuatkan umat Islam berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri. Al-Quran adalah satu khazanah ilmu yg maha hebat lagi agung. cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Lihat dan kajilah sendiri akan kehebatan Al-Quran yang amat digeruni oleh semua musuh-musuh Islam.

    Lihatlah bagaimana Al-Quran menjelaskan E=MC2, menjelaskan ilmu wireless communication, artificial intelligence, knowledge representations, centripetal force, piezoelectric, subliminal dan subconscious, dan sebagainya. Sekiranya umat Islam kembali kepada Al-Quran maka mereka akan menjadi umat terbaik “khaira ummatin”, dan inilah yg digeruni oleh yahudi dan nasrani!

    ReplyDelete