Friday, February 14, 2014

Kakitangan PKNS Yang Ditamatkan Kontrak Bergaji Terlalu Besar


Penamatan kontrak 30 Kakitangan PKNS baru-baru ini telah digunakan sebaik-baiknya oleh media-media tunggangan UMNO untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Rakyat Selangor.

Ianya telah dipolitikkan mereka dengan bergai cara yang mana akhirnya menyerlahkan buruknya cara TS Khalid mentadbir Selangor.

Benarkah apa yang dilaporkan oleh kebanyakkan media tunggang UMNO itu?

Berikut adalah Kenyataan Media dari Pengurus Perhubungan Awam PKNS sendiri mengenai perkara ini..

Kenyataan Media
PENYUSUNAN SEMULA ORGANISASI SUMBER MANUSIA PKNS UTAMAKAN PERKHIDMATAN CEKAP DAN "VALUE FOR MONEY"
5 FEB 2014


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulangkan semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu. 

Keputusan tersebut dibuat dalam satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan "value for money". 

Perkhidmatan 20 anggota berkenaan di PKNS telah dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 bertujuan untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa Bahagian baharu di PKNS antaranya Pemasaran, Pembangunan Bisnes, Strategi & Media, Pelaburan; dan Pengurusan Organisasi & Integriti. 

Walaubagaimanapun, setelah mengkaji keputusan tersebut, PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada di kalangan pegawai tetap di PKNS. 

Sehubungan itu, anak syarikat PKNS; PKNS Holdings telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing. 

ISHAK HASHIM
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
BAGI PIHAK PENGURUSAN PKNS
------------------------
Apa yang kebanyakkan media tidak laporkan menurut Koordinator Jingga 13, Saudara Fariz Musa mengenai isi ini ialah..

1. Mereka adalah pekerja kontrak. Tamat september 2014. Mereka bukan pekerja tetap pkns. Gaji mereka tiga kali ganda dari gaji staf biasa pkns. Untuk yang dua tahun bekerja, gaji mereka mencecah RM15, 000 sebulan.

2. Kontrak mereka ditamatkan awal dan mereka diberi compensation sebulan/dua bulan gaji mengikut perjanjian masing2.

3. Ia proses biasa dan tiada unsur2 salah laku. Mereka boleh ambil tindakan undang2 jika tidak berpuashati dengan prosidur berkenaan.

-sumber sini

No comments:

Post a Comment