Saturday, February 22, 2014

JAWI dah jadi macam institusi lawak


Benda-benda macam ni memang boleh diagak sejak JAKIM mengeluarkan kenyataan terhadap Kassim Ahmad. JAKIM melalui Datuk Haji Othman Mustapha dalam rumusannya terhadap fahaman Kassim Ahmad menyebut,
Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.
Satu bentuk rumusan yang menunjukkan ketidakpastian. Walaupun mengakui fahaman Kassim Ahmad adalah doktrin palsu namun untuk menyetakannya sebagai 'sesat' tidak sekali. Kerana ada orang politik yang menyokong Kassim Ahmad. Meletakkan Kassim Ahmad sebagai 'sesat' akan membawa maksud para penyokongnya juga sesat.

Kini JAWI pula dalam kenyataannya seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan Mahathir.

Bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kaitan dengan seminar kontroversi pemikir Dr Kassim Ahmad, di Putrajaya pada 16 Februari lalu, kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata pihaknya tidak nampak sebarang keperluan untuk memanggil Dr Mahathir sejak membuka kertas siasatan ke atas penganjuran seminar itu.

"Dr Mahathir tidak terbabit dalan isu ini. Yayasan Perdana bukanlah penganjur kepada seminar itu, sebaliknya kami sedang mengenal pasti penganjur kepada seminar tertutup itu," kata Paimuzi seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Beliau turut dilaporkan menggesa mereka yang mempunyai maklumat berkenaan seminar itu agar menyalurkannya kepada JAWI.

JAWI sebelum ini dilaporkan diarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bertindak terhadap Kassim kerana didakwa mempertikai hadis yang boleh mengelirukan umat Islam di negara ini.

Seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula" pada Ahad lalu, dianjurkan Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan dirasmikan Dr Mahathir. - MK
JAWI punya olang tatak baca ini lorrrr!

Bersaksilah kita bagaimana islam di Malaysia ditadbir.

2 comments:

  1. JAWI oh JAWI....tegakkanlah kebenaran walaupun ianya pahit utk ditelan.kamu yg diberi amanah akan ditanya dihadapan allah nanti.takutlah kpd allah dan bkn pada makhluk

    ReplyDelete