Saturday, February 15, 2014

Ini Rupanya Perangai Menteri jaga Agama


Menteri jaga agama punya hal. Sumber rujukan agamawan bergaji di Malaysia. Pangkat besar, gaji besar, rumah besar.... cuma yang tak pasti seleweng besar ke tak? Berdasarkan bukti ini maka tak salahlah DR Asri apabila mengungkapkan ayat ' agamawan yang bersama umno hanyut'
“Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat),” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. 
Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain. 
Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden. 
Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut. 
“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. - keadilandaily


6 comments:

  1. Yg aku tak nak bayar zakat kat pej zakat inilah halnya.... baik cari org kg atau budak sekolah yg daif...

    ReplyDelete
  2. Entah apa sebab tak tahulah tapi boleh dikatakan semua agamawan nyang menertai UMNO yang berada diperingkat pusat (yang lain tak tahulah) habis rosak. Ada saja salah guna kuasa, rasuh atau bebalnya.

    ReplyDelete
  3. seleweng cara sopan kot ? inilah mangkuk kangkung yang selindung belakang ilmu agama tapi hanyut & lingkop ! ABU !

    ReplyDelete
  4. Menteri ini kerjanya jaga agama islam bukan kerana islam; sama juga halnya dengan sesetengah ketua agama islam, bukan jadi ketua mengenai islam. Kadang2 mereka yang diharapkan membela islamlah yang menjadi petualang islam; terutama apabila mereka terlalu "hibbudunia".

    ReplyDelete
  5. they give bad name to Islam.... itu yang paling menyakitkan hati

    ReplyDelete
  6. Kalau dah umngok menyamun dah jadi halal.

    Jom menuju kejayaan bersama disini....

    http://stayreward.com/index.php?share=115728

    ReplyDelete