Monday, February 24, 2014

Guru digantung, dipindahkan dan dibuang kerja kerana kritik PBS

Inilah suatu yang menyedihkan para guru atau dikenali juga dengan nama pegawai perkhidmatan pendidikan apabila rakan-rakan mereka yang berjuang untuk mendapatkan pembelaan bagi semua guru telah dilaporkan diambil tindakan disiplin oleh Kementerian Pendidikan.


Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman mengkritik Kementerian Pendidikan kerana menzalimi guru yang menentang sistem PBS itu.

"Guru yang berani mengkritik sistem itu telah digantung, dipindahkan beberapa kali dan juga ada yang dipecat," katanya.

"Dalam masa dua minggu lalu, Pendidik menerima kira-kira 100 laporan dari guru yang telah dikenakan tindakan disiplin oleh Kementerian Pendidikan."

Normala juga mendakwa ada kes di mana guru dipecat tanpa melalui prosedur yang sewajarnya. – 23 Februari, 2014.- tmi

No comments:

Post a Comment