Wednesday, February 19, 2014

Guru didakwa tumbuk dan hentak kepala pelajar - Polis dan kementerian pendidikan sila beri perhatian

pelajar lembam dan buta sebelah ditumbuk dan dihentak kepala??

Tersentap hati membaca entri ini di Kedah Lanie Info, gua ambil keputusan siar maklumat yang serupa. Biar kecoh satu Malaysia pasal kanak-kanak ini. Kementerian Pendidikan, Polis diRaja Malaysia dan Kementerian Kebajikan Masyarakat perlu ambil serius perkara ini. Penganiayaan seperti ini jika benar seperti didakwa adalah sesuatu yang memalukan. 

Perbuatan menumbuk dan menghentak kepala pelajar lembam adalah satu kekejaman yang tidak dapat dimaafkan. Guru tidak dibenarkan menyentuh murid walau dengan rotan sekalipun tanpa surat kuasa. Inikan pula menumbuk dan menghentak kepala. Ini bukan perilaku mendidik tetapi satu bentuk penderaan yang nyata. 

Pelajar malang itu bukan sahaja mengalami kesakitan tetapi turut mengalami aib yang amat besar. Kepada sesiapa yang berkenaan sila bantu keluarga malang ini. Keadilan ke atas pelajar malang ini perlu dituntut dengan apa juga cara sekalipun. Jika polis tidak mendakwa guru berkenaan, Gunakan khidmat guaman untuk mendakwa dan saman guru berkenaan. 

Jika tindakan beliau dilakukan di dalam kelas bermakna ada tidak kurang daripada dua puluh orang murid menjadi saksi pebuatan terkutuknya itu. Jika ada peguam yang simpati akan nasib pelajar ini sila kaji peruntukan undang-undang sedia ada bagi membela pelajar malang ini.

Laporan polis kali kedua adalah perlu kerana laporan polis yang pertama hanya melaporkan pelajar berkenaan dirotan.

Tetapi jika tuduhannya tidak benar, bapa tersebut harus bertanggungjawab atas tuduhan yang beliau lemparkan.

gua kasi besar
gambar asal
SESIAPA YANG INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI KEDAHLANIE.INFO
kredit gambar dan berita asal - kedahlanie. info

3 comments:

  1. Sebagai seorang guru, saya tidak bersetuju dengan tindakan rakan sejawat lebih2 lagi kepada murid lembam. Sebagai seorang insan saya tidak bersetuju juga dengan post entry tanpa mendengar penjelasan dari pihak guru dan sekolah.. Kita hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.. Telah terbukti beberapa tindakan yang didakwa tidak seperti mana digambarkan.. The best way...kaji and buat homework sahih atau tidak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. TQ cikgu... kita serhakan kepada polis dan kementerian pendidikan. Itu kuasa mereka. Kita tiada kuasa siasat.

    ReplyDelete