Saturday, February 15, 2014

Gambar Neelofa Peluk Mat Said MB Terengganu cetus kontroversi


Isu demi isu menjadikan Neelofa menjadi satu carian popular di internet dalam seminggu ini. Neelofa baru sahaja mendapat kritikan hebat para peminatnya akibat berpakaian seksi ketika Anugerah meleTop Era beberapa hari lalu.

Belum pun sejuk kritikan peminat terhadap Neelofa, muncul pula satu lagi isu kontroversi yang membabitkan pelakon seksi kegilaan ramai itu.


Menteri Besar Terengganu, Mat Said yang turut terpalit dengan kontroversi baru Neelofa ini hanya tersengih gembira apabila gambarnya dipeluk oleh pelakon sensasi Neelofa disebar di media sosial.

Mat Said yang baharu sahaja kembali ke tanah air selepas melawat penguin di antartika menyatakan bahawa gambar itu adalah palsu.

Satu laman Facebook yang menggunakan nama dan gambar beliau telah dibuka dan bertanggungjawab menyebarkan gambar superimpose tersebut.

Ahmad berkata, perbuatan seumpama itu tidak ada tujuan lain kecuali untuk memburuk-burukkan reputasi dan merendahkan kewibawaan beliau di kalangan rakyat melalui lama sosial.
“Tahun lepas, saya dah tutup FB kerana saya bosan dengan apa yang berlaku. Tapi ada orang klon (gambar) guna nama saya. Kita dan check (periksa), satu didaftarkan di Singapura dan satu lagi daftar di US (Amerika Syarikat). 
“Pegawai kita dah buat penafian dan kita tiada lagi FB. Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum saja bila tengok gambar saya (dengan selebriti), saya gembira saja,” katanya berseloroh. - utusan online
Siapa pun yang buat kerja ini patut dikutuk. Jika berkelahi laki bini MB Ganu kita tu kerananya kelak, apa yang si pelaku itu dapat?

Neelofa Artis Malaysia Pertama Pakai Nude Body Suit Dalam Anugerah meleTop Era

2 comments:

  1. Come and join me here.........

    http://stayreward.com/index.php?share=115728

    ReplyDelete
  2. berkata yang benar..bahawa itu gambar yang diedit..aku bukan taksub pada menteri antartika nih malah bukan peminat atau pengikut aliran parti dia pun..tapi bagi aku..pendapat aku tetap menyatakan gambar tu diedit...perhatikan pada bahagian leher dan kepala..

    ReplyDelete