Friday, February 21, 2014

Ezam Mohd Nor Letak Jawatan Senator Kerana Merajuk???


Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dikatakan merajuk ekoran tidak dilantik ke jawatan tetap dan menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, pada Jumaat. 
Mohamad Ezam Mohd Nor yang kini berada di luar negara, menafikan dakwaan beliau meletakkan jawatan sebagai senator kerana merajuk dengan Putrajaya yang tidak menunaikan janji, sebaliknya menegaskan beliau terlalu sibuk untuk merajuk.
"Saya masih di luar negara dan masih senator," kata Ezam melalui khidmat pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Insider. 
Ezam dilantik sebagai senator pada 2010, dua tahun selepas menyertai Umno.

Beliau yang berusia 47 tahun dikekalkan jawatan berkenaan selama sepenggal lagi pada Ogos tahun lalu.

Dalam satu kenyataan e-mel kepada The Malaysian Insider, penyokong Umno meluahkan kekecewaan dengan dakwaan berkenaan.

Penyokong Umno berkenaan berkata, perletakan jawatan Ezam adalah bagi membolehkan beliau dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menolak dakwaan berkenaan, Ezam berkata khabar angin tersebut berkemungkinan merujuk kepada pemimpin PKR.

"Beberapa pemimpin suka merajuk...selalu...haha," katanya.

Dengan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Raja, Ezam berkata terlalu sibuk untuk memegang jawatan dalam Umno negeri.

"Banyak perkara untuk dibuat dan saya tiada masa untuk merajuk," katanya.

Ketika Anwar dipecat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ezam yang ketika itu bintang dalam parti menyertai PKR.

Bekas ketua Pemuda PKR dan penyokong Anwar itu kemudiannya meninggalkan parti selepas tidak sebulu dengan Anwar dan Azmin Ali yang ketika itu sebagai naib
presiden PKR.

Beliau menyertai Umno semula pada 2008 dan sering dilihat dalam ceramah mengkritik Anwar dan bekas partinya. - TMI

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=788713514491135&set=a.102976769731483.6695.100000574819420&type=1&theater

1 comment: