Wednesday, February 19, 2014

Era Fazira Kini Janda Anak Satu

Sekarang ini janda yang paling meletop di Malaysia ialah Nora Danish. Ada sahaja berita mengenai dirinya semenjak berkawan rapat dnegan anak menteri. 

Janda meletop yang seorang lagi ialah Maya Karin. Walaupun dia lebih cantik daripada Nora namun letopnya tidaklah sehebat Nora.

Dengan perceraian Era Fazira bermakna kini dunia artis Malaysia akan bertambah HOT dengan janda-janda meletop.

mmmmmm dah dua kali janda!!!!!
Pergolakan rumahtangga aktres popular Erra Fazira, 39 dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya selesai apabila pelakon itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Hak penjagaan anak perempuan mereka diberikan oleh pihak mahkamah kepada Engku Emran yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Digest.
Memetik laporan portal Berita Harian, Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emra itu selepas kedua-dua pikah bersetuju berpisah secara baik.

Engku Emran ketika dihubungi melalu sistem pesanan ringkas Whatsapp memberitahu, “saya sebak but keadaan saya ok”.
Permintaan untuk menelefon juga tidak dilayan Engku Emran “Please don’t” (tolong tidak perlu).

Erra dan Emran mendirikan rumahtangga pada 10 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.

Kemelut rumahtangga mereka mula menjadi perhatian pihak media sejak kebelakangan ini namun kedua-duanya mengambil langkah mendiamkan diri.

Spekulasi mula timbul yang mereka tidak sefahaman dan tidak lagi tinggal sebumbung. Baik Erra mahupun Engku Emran pernah tampil membuka mulut untuk menjawab khabar angin itu. Pihak media menghormati permintaan kedua-dua pihak untuk tidak mencampuri urusan rumahtangga atas dasar ianya cukup peribadi. 
Sebelum ini Erra yang merupakan seorang model, pelakon, penyanyi dan bekas ratu cantik Malaysia ini pernah mendirikan rumahtangga dengan ahli kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim.- yahoo entertainment

No comments:

Post a Comment