Wednesday, February 19, 2014

Dr Maza Sahut Cabaran Berdebat dengan Kassim Ahmad

Ini yang tak syok, Gua mengharapkan orang lain tetapi orang lain yang menyahut cabaran. Tak mengapalah. Dah Dr Maza yang sanggup kita serahkan sahaja kepada Dr Maza. Jika Zamihan juga sanggup kena tunggu giliran selepas debat Dr Maza dengan Kassim Ahmad, giliran Zamihan pulak debat dengan Kassim Ahmad.

Timbul masalah sekarang ialah siapa nak jadi penganjur dan moderator. JAKIM atau karangkraft. Mahukah TV Al Hijrah menyiarkannya secara langsung demi ummah?


WAHAI ANTI-HADIS YANG SESAT
Hadis Nabi s.a.w adalah sumber ajaran Islam. Dalam ertikata lain ia menjadi rujukan dalam memutuskan perkara-perkara yang dikaitkan dengan Islam. Menolak hadis Nabi s.a.w bererti menolak penegasan al-Quran:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
(maksudnya): Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam apa-apa perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah al-Nisa': 65) 
Banyak lagi ayat yang menegaskan rasul sebagai sumber rujukan.
Tidak dinafikan terdapat hadis yang tidak sahih iaitu perkataan ataupun perbuatan ataupun pengakuan ataupun sifat yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara tidak sahih. Namun untuk memutuskan hal itu hendaklah atas penghujahan ilmiah seperti yang digariskan oleh para sarjana hadis dalam klasifikasi hadis. Ia bukan dibuat secara semberono, nafsu yang dangkal dan tidak ilmiah. Menolak hadis yang tidak sahih memang sewajarnya, namun menolak yang sahih tanpa asas ilmiah adalah satu kesesatan. 
Menolak hadis yang sahih sebagai sumber hukum Islam jika dilakukan dalam keadaan waras dan sedar membawa individu berkenaan terkeluar dari Islam. Inilah yang disebut oleh as-Sayuti r.h (w 911H): “Ketahuilah –semoga Allah merahmati kamu- bahawa sesiapa yang membantah bahawa hadis Nabi s.a.w , -samada perkataan atau perbuatan baginda dengan syarat-syaratnya yang diketahui dalam ilmu Usul (iaitu yang digariskan dalam Ulum al-Hadith dan Usul al-Fiqh) sebagai hujah maka dia menjadi kafir. Dia terkeluar dari daerah Islam dan dihimpunkan bersama Yahudi dan Kristian, atau bersama sesiapa yang Allah mahu daripada puak-puak kafir” (Al-Sayuti Miftah al-Jannah fi Ihtijaj bi al-Sunnah, m.s 140. Mesir: Dar as-Salam) 
Mereka yang bersekongkol dengan menzahirkan sokongan ataupun tidak membantah padahal dia perlu membantah dan boleh membantah, maka dia boleh jatuh ke dalam golongan yang sama-sama sesat. Allah dalam al-Quran menyebut kepada Yahudi di zaman Nabi s.a.w dan selepasnya tentang pembunuhan dan pendustaan terhadap para rasul: (maksudnya) "Sebahagian para rasul itu kamu dustakan dan sebahagian pula kamu bunuh" (Surah al-Baqarah: 87). 
Walaupun pembunuhan dan pendustaan itu berlaku pada masa yang lampau oleh datuk nenek mereka, namun Allah menyandarkan juga dosa itu kepada mereka dengan menyebut 'kamu' disebabkan mereka bersetuju ataupun tidak merasa itu satu kesalahan!!
Kita sedia untuk berdialog dengan golongan anti-hadis ini.

6 comments:

  1. Salam utk semua,

    Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab utk bertanding dgn Al-Quran (34:38).

    Cuba tanya pada diri sendiri di manakah keimanan kita yg sebenarnya? Mahu percaya kpd Allah SWT atau percaya para alim ulama?
    Allah SWT mengatakan Al-Quran adalah kitab yg lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara. Al-Quran adalah lebih baik dari segala-gala kitab, Al-Quran mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Malah Allah SWT menyruh Nabi Muhammad SAW berdakwah dgn Al-Quran bukannya Al-Hadith (percakapannya sendiri).

    Fikirkanlah siapa yg sesat dan siapa yg beriman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bravo.... sekarang gua nak percaya kassim ahmad... wakaka

      Delete
    2. Al quran tu datang dari mana? cuba tanya ustaz Kassim AHmad... beritahu pd kassim ahmad bahawa al quran itu adalah segala wahyu yang disampaikn kepada nabi muhammad dan ditulis dalam bentuk kitab. Jika tolak muhammad mana datangnya al Quran kamu? bukankah al quran itu disampaikan melalui muhammad.

      Delete
    3. Sdra Hati Muda,
      Jgn terkeliru dgn dakyah para ulama juhalak. Tolak hadith tdk bermakna tolak Nabi Muhammad SAW sbb pertamanya Nabi sendiri melarang para sahabat menulis hadith. Yg ke-duanya hadith ditulis selepas 3 generasi iaitu selepas 100 tahun Nabi wafat. Al-Quran menjelaskan org2 Arab adalah pembohong paling besar, kuat menipu, suka berpuak2, dan mereka2 hadith utk kepentingan diri/puak sendiri.
      ke-3 Nabi hanya suruh dan menjelaskan sunnahnya sahaja iaitu seperti cara-cara solat, zakat, puasa dan hadith2 tentang sunnah ini bolehlah kita ikut.
      Allah SWT menjelaskan Nabi Muhammad bukanlah penjelas Al-Quran, tetapi Al-Quran itu sendiri yang menjelaskannya, semuanya ada dlm Quran, tidak perlu hadith.

      Delete
  2. secara jujur daripada gua...aku suka cara Dr. Asri memperjelskan isu agama kepada awam seperti kes zalim dan dsb. cuma 1 part je yang buat aku kurang setuju apabila ternmpak kat youtube pasal Dr. Asri mempertikaikan dan caranya seperti memperlekehkan sifat 20...sedangkan yang mengarang kitab tersebut adalah seorang ulama yang di akui

    ReplyDelete