Sunday, February 2, 2014

DICABAR DEDAH KEPINCANGAN KERAJAAN PAS KEDAH MUKHRIZ DISERU JADI AYAM SABONG FILIPINA JANGAN JADI AYAM JANTAN KAMPUNG


Apabila terbaca kisah Mukhriz ni teringat pada MP Tanjung Karang yang hebat berkata-kata. Ada bukti/fakta  itu ini ketika menuduh berlaku penyelewengan dalam pengurusan kerajaan negeri Selangor pada 2012.

Noh pernah mendakwa ada banyak unsur penyelewengan dalam pentadbiran syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Selangor seperti Yayasan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di bawah pemerintahan Pakatan.

Tetapi akhirnya hampas. Noh tak hadir memberi bukti penyelewengan yang didakwanya dalam Selcat.

Tahun ini Noh buat kecoh lagi mencabar sesiapa berdebat dengannya isu kalimah Allah mengikut perundangan. Cabaran disahut Khalid Samad. Tetapi dibatalkan disaat-saat akhir oleh Sinar sebagai penganjur. Tak tahu atas permintaan siapa... (sendiri mau ingat la bro.. wakaka)

Kali in giliran Muhriz Mahathir pula. Kononnya nak 'buka fail' lama tentang pentadbiran kerajaan negeri Kedah di bawah pemerintaha PAS. Beliau berbuat demikian ketika kerajaan Kedah pimpinannya diasak kerana banyak kepincangan.

Mukhriz dicabar mendedahkan apa sahaja bentuk kepincangan/penyelewengan kerajaan negeri Kedah semasa ditadbir PAS.

Diharap Mukhriz tak sama macam Noh Omar. Jangan bersikap seperti ayam jantan spesis kampung, kokok berdegar-degar tapi ekor main taik. Jadilah ayam jantan spesis Filipina. Kokoknya kecil tapi jika bertarung, tidak akan berundur walau nyawa jadi taruhan.

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah mengingatkan Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Mahathir agar tidak perlu mengugut dengan memberi amaran untuk membuka fail lama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai reaksi kepada pendedahan kepincangan pentadbirannya. 
"Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," cabar beliau. 
Jelasnya, PAS Kedah sebagaimana komitmen dinyatakan Pesuruhjaya, Dato' Mahfuz Omar bahawa PAS tidak akan melindungi sebarang salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku. 
"Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Dato' Seri Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Sekiranya tidak bermakna beliau telah berbohong dan memfitnah. 
"Bagaimanapun, bagi PAS dan rakan Pakatan Rakyat, kami tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan begitu banyak kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam 7 bulan pentadbiran BN Kedah. 
"Adalah ditegaskan juga, tugas kami sebagai Pembangkang adalah membetulkan kerajaan dari sebarang perancangan dan pelaksanaan yang boleh merugikan rakyat dan negeri," ujarnya membidas amaran Mukhriz itu.
Sedikit kriteria ayam sabong Filipina. Ayam jenis ini tidak akan berhenti berjuang walaupun lehernya sudah luka parah. Selagi paruh boleh diangkat, selagi itu ayam ini akan mara menghadapi lawan.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment