Wednesday, February 12, 2014

Debat Kalimah Allah - mai tengok Noh sekolahkan Khalid Samad


Berdegar-degar Noh Omar menyatakan hasrat untuk berdebat dengan sesiapa sahaja tentang isu Kalimah Allah dari sudut perundangan. Cabaran beliau disahut Khalid Samad seorang MP PAS. Setelah karankraft membatalkan debat mereka, muncul satu organisasi yang menjayakan satu program berbentuk forum bukannya debat dengan Noh Omar dan Khalid Samad sebagai panel.

Ini kritikan Khalid Samad terhadap Noh Omar selepas program tersebut,
Saya telah hadir ke ‘Muzakarah Kalimah Allah’ di studio MobTV malam kelmarin. Rakaman video berkenaan boleh ditonton melalui laman web MobTV: Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan. Saya telah hadir tanpa sebarang syarat atau udang di sebalik batu, dengan penuh kesediaan untuk disekolahkan oleh Noh Omar.
Malangnya beliau mengaku bahawa beliau tidak merupakan pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima sama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.
Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat? Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya?
Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya. Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan UMNO/BN.
Saksikan sendiri bagaimana Noh Omar sekolahkan Khalid Samad. Tengok dulu hujah Noh Omar dalam video pertama. Adakah itu yang kita panggil hujah. Nilai sendiri ilmu Noh Omar. Lepas tu tonton pula bagaimana Khalid Samad berhujah. . Saksikan ....








5 comments:

  1. noh omar macam tukang kebun sekolah bodo emosi ,nak lawan khalid yg macam guru beso penuh berilmu dan bijak, noh kawin lagi satu le hi hi hi

    ReplyDelete
  2. cukup2 ler nk jilat puak2 kristian....

    ReplyDelete
  3. nak cari penjilat pergi blog umno..

    ReplyDelete
  4. Seperti lirik lagu dikir barat :

    Aca-aca woh timung ba'te,
    Mulut leca sedaknyo make,

    Ado Macai pun supo Nate,
    Perangai pun supo nga Sete,

    Salam, Perkenalan untuk semua

    ReplyDelete
  5. Khalid ni bodoh sebenarnya...dia mana ada bincang dari segi law pon...tgk la video sampai habis...jgn tgk klip pendek2 ni je...takat nk ikut teori sape pon boleh...based on law la...shame on u khalid

    ReplyDelete