Monday, February 3, 2014

BOLEHKAH KERAJAAN MALAYSIA MENCONTOHI KEPIMPINAN KERAJAAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ?

Hari kedua selepas dilantik menjadi khalifah,beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya,beliau berkata “Wahai manusia,tiada nabi selepas Muhammad s.a.w dan tiada kitab selepas Al-Quran,aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah,aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah,aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu,aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah”.Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.

Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?”.Beliau menjawab “Wahai isteriku,aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini (khalifah @ Perdana Menteri) dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, libu-ibu yang janda,anaknya ramai,rezekinya sedikit,aku teringat orang-orang dalam tawanan,para fuqara’ (orang-orang fakir) kaum muslimin.Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah s.a.w".Isterinya juga turut mengalirkan air mata.

Setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan,Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feudal.Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) Merampas kembali harta-harta yang disalah-gunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap,menyalah-gunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu.Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu,beliau amat mengambil-berat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.Beliau juga amat menitik-beratkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia.Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjamaah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Khulafa' Ar-Rasyidin.Baginda turut mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w.

Kata2 Khalifah Umar Abdul Aziz sewaktu menjadi Khalifah : "Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya".

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan tetapi Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya.Dalam tempoh tersebut,kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman,kurang berlaku penyelewengan,rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat.Kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri.-Muhammad hakimi - fb


adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment: