Monday, February 3, 2014

BLOGGER PAS BERHATI HITAM LEBIH BURUK DARIPADA SYAITAN



Dah lama juga tak menjengok TKO, satu medan perang saraf politik bagi Pakatan Rakyat selain Harakah Daily dan Keadilan Daily.Seperti mana-mana pembaca yang lain gua mencari berita menarik untuk makluman sendiri dan kalau bagus selalunya gua akan copy paste untuk disebar semula untuk pengetahuan semua.

Gua terjumpa satu artikel yang menarik. Tulisan blogger ini sangat memeranjatkan. Antara kenyataan pedih yang gua sendiri musykil adalah seperti berikut,
Saya berkawan dengan ramai blogger Pakatan Rakyat, terutama yang bukan PAS... perjumpaan di pub, kelab, café bercakap soal kebebasan, hak bersuara.. kelangsungan politik Malaysia... mereka mahir dan tersusun tapi perangai... ya Allah.. arak minuman macam kita minum teh.
Lantas hati ini tertanya-tanya siapakah blogger berkenaan. Siapakah blogger hebat dalam Pakatan Rakyat yang berkualiti hidup sedemikian. Buruk benar kelaku blogger PR ini jika apa yang ditulis beliau satu kebenaran.

Sejujurnya tidak seorang pun blogger atau facebooker PR mengenali diri gua dan begitulah sebaliknya. Sebab gua hanya berblog dan berfacebook untuk membantu ikut mana yang boleh sahaja. Bukan penulis sebenar pun.. copy paste saja lebey.

Secara jujur gua sendiri ada menyiarkan semula artikel oleh Hafiz Ahmad dengan tajuk GOLONGAN KOPIAH PUTIH DALAM PAS DITAJI PEMERHATI POLITIK Biar gua jelaskan bahawa penyiaran tersebut bukan bermakna gua 100% bersetuju tetapi sebagi blogger (kaki sapu sana sini) gua rasa penyiaran itu untuk pengetahuan am supaya dapat dibincang dan diperdebatkan.

Dalam setiap posting gua ada 'disclaimer' di bahagian bawahnya. Gua memang tukang belasah PAS juga tapi hanya bab UG. Gua memang benci jika masih ada ura-ura penyatuan PAS dan UMNO. Ada satu lagi entri yang gua sedang siapkan untuk belasah UG... tungguuuuuu!!! wakaka

Dalam isu UG gua memilih untuk berpegang kepada kata-kata TGNA. TGNA pun serban besar jugak. Dia idola gua. Cara berdakwah dan berpolitik beliau sukar ditandingi. SALUTE TGNA!!!

Melalut lebey gua ni bro... Nah baca tulisan member kita ni. Silakan!!!!

Saya terbaca artikel "Politik buruk golongan 'kopiah putih' dalam PAS" oleh Hafiz Ahmad. Malangnya saya baca artikel ini di blog pakatan rakyat dan sebahagian mereka adalah PAS. Macam gembira benar untuk menyiarkan artikel tanpa fakta yang benar dan sahih.
Memang ramai blogger Pakatan Rakyat yang PAS bercakap pasal ukhwah melebihi malaikat tetapi hati hitam lebih buruk daripada syaitan.
Saya berkawan dengan ramai blogger Pakatan Rakyat, terutama yang bukan PAS... perjumpaan di pub, kelab, café bercakap soal kebebasan, hak bersuara.. kelangsungan politik Malaysia... mereka mahir dan tersusun tapi perangai... ya Allah.. arak minuman macam kita minum teh.
Inilah rujukan kawan-kawan kita blogger PAS.. idola.
Golongan yang saya sebut tadi tak suka PAS berkupiah atau berserban besar. Ini menjadi mangsa kiasan dan sinis dalam tulisan-tulisan mereka. 
Berbalik pasal isu Kajang. Kenyataan-kenyataan awal PAS yang diwakili oleh golongan Pemuda, Selangor dan Ulama itu adalah masej yang jelas tentang hal ini sekurang-kurangnya PKR tidak sedap muncung dalam tindakan tanpa mengambil kira rakan pakatan yang lain.
PAS terpaksa mengikut dan kepimpinan PAS pula terpaksa menjadi 'suara' mereka meredakan keadaan. 
Isu sebenar di Kajang adalah isu MB. Isu pasal pengurusan kewangan. Tahukah kita bahawa Selangor itu kaya?? 
Hafiz Ahmad jurusan ekonomi penulis artikel faham tak perkara ini. PKR sekarang memerlukan kewangan yang besar untuk "menyabung nyawa". Oleh kerana PKR tak ada grasswood PKR perlukan dana dalam pengendalian parti. Khalid Ibrahim dilihat tidak membantu, bukan tak cekap. 
Kita diberikan omong-omong kosong dengan pelbagai teori kononnya seperti kata Aziz Bari kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa. 
Kata Aziz Bari lagi khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor. 
Betul ke?? Orang bodoh boleh di kencing dulu kita kena kencing oleh UMNO tapi sekarang kita kena kencing dengan rakan kita sendiri. 
Saya boleh tunjuk satu persatu kenyataan Rafizi dan lain-lain semuanya tak logik.. tapi ruang artikel ini terbatas. 
Apa yang saya nak nyatakan disini menyerang PAS dalam isu ini terutama mengaitkan golongan kupiah putih sangat kurang ajar. PAS sudah banyak membantu PKR dalam isu Kajang.

Pemuda PAS Selangor juga terganggu dengan projek kempen kenaikan harga barang dan turun ke jalanraya untuk isu kenaikan harga barang akibat daripada PRK Kajang hanya semata-mata menyelesaiakan masalah perebutan kuasa dan dana kewangan di Selangor.
Tolong hormat PAS. Yang jadi ahli PAS jangan bodoh politik tanpa merujuk kepimpinan dalam menyiarkan berita. 
Hj Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Sampai hati luorang pergi kelab dan pub tak ajak gua... wakaka

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Bhai HM...

    Hahahaha..... tak aci la wei pi club dan pub tak ajak gua jugak... Hahaha... tak aci la... Hahahaha....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Isunya perlu berhemah - jangan berlunjur sebelum duduk.

    Berfikir dahulu serta dapatkan maklumat sahih sebelum membuat kesimpulan baru cerdik namanya.

    Apa-apa pun kebijaksanaan amat penting - kepandaian tanpa bijaksana akan jadi bodoh.

    ReplyDelete