Sunday, February 23, 2014

Berita Admin Murtad In Kelantan Ditimpa Bala Adalah Palsu


Beberapa buah blog termasuk blog politik pro Umno dan Pro Pakatan Rakyat menyebarkan berita kononnya admin page Murtad In Kelantan (MIK) yang dahulunya adalah admin page Murtad In Pantai Timur telah ditimpa azab Allah dan sedang terlantar di hospital

Sebenarnya berita tersebut adalah palsu. Gambar yang dipaparkan dalam artikel mereka adalah berasal daripada berita HarianMetro bertarikh 14 April 2011. Untuk membuktikannya sila ke url INI 


Berdasarkan gambar pertama di atas, tertera url http://bit.ly/1jWJ647.  Apabila url tersebut ditaip, carian menunjukkan sebuah blog bernama myportalharian.blogspot.com 

Tidak dapat dipastikan sama ada pemilik blog berkenaan adalah penulis asal artikel berkenaan. Gua tak baca pun sebab blog itu adalah antara beribu-ribu blog yang 'paksa' orang 'like' untuk membolehkan mereka membaca artikel blog berkenaan...  desperate untk popular kot.

Apa pun hasrat penulis asal artikel ini, itu hak dia. Dia mahu popular dengan cara ini, itu cara dia. Lantak ko lah. 

Tetapi jika artikel ini bertujuan untuk melindungi admin page Murtad In Kelantan, elok lu mampus saja...

Murtad Di Pantai Timur Sindir Blogger Palsukan Berita Dirinya Ditimpa Bala


No comments:

Post a Comment