Monday, February 17, 2014

Anwar Tibai Menteri Berlakon

Anwar Ibrahim berceramah dengan kualiti dan ilmu. Setiap ceramahnya ada isi, bukan main lantun perkataan untuk menyedapkan telinga penonton. Anwar bukan penyanyi untuk berbuat demikian tetapi setiap butir perkataannya mengandungi penjelasan terhadap isu-isu dalam negara.

Yang celik diterangkan yang buta dicelikkan. Itulah Anwar Ibrahim


Fungsi kerajaan adalah menggubal dasar ekonomi negara, bukannya berlakon memantau harga barangan di kedai seolah-olah masalah itu diselesaikan dengan memanipulasi media arus perdana. 
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah ekonomi yang melanda negara diakibatkan dasar kerajaan hari ini yang cenderung tunduk kepada kehendak syarikat tanpa mempedulikan nasib rakyat. 
“Sebab itu seseorang Menteri itu perlukan ketegasan. Kamu (kerajaan) nak jaga rakyat atau atau jaga syarikat? Bukan kerja Menteri turun ke kedai pantau harga barang. 
“Kerja kerajaan ialah gubal dasar dan mencari jalan bagaimana mengawal harga barangan agar tidak melonjak naik,” kata Anwar pada ceramah diTaman Impian Murni, Kajang semalam. 
Anwar turut mengingatkan hadirin tanggungjawab pemimpin berdepan tekanan syarikat dan desakan oleh pihak berkepentingan sendiri di dalam kerajaan bagi mempertimbang sesuatu dasar. 
“Kamu (syarikat) dah untung besar. Yang nak membayar orang bawah. Saya tak sanggup naikkan harga,” kata Anwar menceritakan semula usahanya mengekang kenaikan tol dan tarif elektrik semasa menjadi Menteri Kewangan. 
“Kononnya kami mandapat mandat untuk membanteras rasuah, sedangkan pemunggahan kekayaan begitu besar 
“Kita boleh menjerit tolak rasuah, tapi hidup bergelumang dengan kekayaan berbiion ringgit. Ada rumah di KL, Vancouver, London dan Florida. Mana datang wang?
“Tapi oleh kerana lemahnya sebahagian daridapa kita (untuk mempersoalkan) menyebabkan masalah ini berterusan 
“Saya tak marah kalau nak untung. Yang saya marah ialah monopoli.
“Kamu kalau jadi Menteri kena tegas. Tanya (syarikat) sebab apa naik harga, sedangkan kamu telah untung besar,” kata Anwar mengupas monopoli gula oleh syarikat dimiliki kroni BN, Syed Mokhtar Albukhary.


1 comment:

  1. yg tu maner mereka berani sentuh.. sekali kena mahmud atas dahi.. hahaha

    ReplyDelete