Monday, February 3, 2014

ANWAR DIJANGKA MENANG BESAR DI KAJANG


Ketika cybertrooper dan blogger pro umno bersiap sedia untuk memaiankan isu sex Anwar Ibrahim dalam kempen pilihanraya N25 Dun Kajang, Cybertrooper PR sudah mengorak langkah terdahulu dengan mendedahkan satu video mengulas A-Z kecelaruan dalam video sex Anwar Ibrahim yang didedahkan trio T.

Dalam pada itu Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU-13 lepas.

Berita ini pastinya menghangatkan hati para blogger dan cybertrooper umno... lantak korang la.. wakaka

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada Ketua Umum PKR itu. 
Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit. 
"Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar. 
"Mengikut kajian sejak 1999, pilihanraya adalah perkara yang ditunggu rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya," katanya memetik laporan Umdecel. 
Dalam laporan itu juga memaklumkan, isu dalaman PKR perlu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang. 
Beliau berkata tindakan terbabit juga membabitkan Putrajaya, sehubungan itu wajar meletakkan Anwar di DUN Kajang untuk menyelesaikan kemelut yang akan mencetuskan pelbagai masalah di negeri itu masa depan. 
Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Adunnya, Lim Chin Cheh meletak jawatan. 
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment