Saturday, February 22, 2014

Ammar Yang Ini Popular di Sweden

Apakah agaknya perasaan si ibu apabila mendengar anaknya sendiri yang baru berusia 12 tahun memberi keterangan menentang mereka di mahkamah Sweden? "Mereka fikir mereka seperti tuan dan kami hamba," katanya.

Pastinya hancur luluh hati seorang ibu apabila anak yang ditatang dan didik membuat kenyataan sebegitu buruk terhadap dirinya dan suami.

STOCKHOLM: Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa mendera anak mereka berkata rotan yang digunakan terhadap adik beradiknya bertujuan memastikan mereka berdisiplin seperti hamba.

"Ia seperti mereka mengawal kami dengan benda itu. Kami tidak mahu dikenakan hukuman dengan benda itu," kata Ammar , 12, dalam satu temubual yang direkodkan awal januari lalu. 
Video temubual itu disiarkan ketika prosiding di Mahkamah Daerah Solna di sini, pada hari Jumaat.

"Mereka fikir mereka seperti tuan dan kami hamba," katanya.
Mendengar keterangan itu, ibunya Shalwati Nurshal dilihat memuncungkan bibirnya dan menyilang tangan. 

Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalluddin ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia dipukul.

Aduannya itu menyebabkan mereka melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Polis wanita yang menemubual Ammar bertanya mengenai alat yang digunakan oleh ibunya itu, Ammar berkata ia dipanggil 'rotan' dalam bahasa Melayu.

Katanya beliau tidak tahu jika istilah rotan terdapat dalam bahasa Inggeris.
Anggota polis turut bertanya jika rotan itu mempunyai kegunaan lain seperti penyangkut baju yang digunakan untuk memukul walaupun ia adalah alat untuk menggantung pakaian.
"Ia digunakan untuk memukul sesuatu," tegas Ammar .

"Saya fikir ia digunakan untuk mendidik. Di Malaysia, beliau (Shalwati) menggunakannya apabila mengajar al-Quran. Apabila saya membuat banyak kesilapan, dia akan memukul saya atau memukul-mukul lantai," katanya.

Apabila ditanya oleh polis bagaimana Ammar tahu adik-beradiknya turut dipukul, Ammar berkata adik beliau akan 'berkongsi kesakitan mereka' tetapi mengakui kakaknya, Aishah lebih berdiam diri. 
Perbicaraan bersambung Isnin. - Mstar
Shawati nafi semua tuduhan anak-anaknya
"Dia menafikan semua tuduhan ke atasnya dan pada pendapatnya, terutama keterangan yang anda dengar hari ini (Ammar) tidak berkata benar dan menokok tambah kejadian atau perkara yang berlaku di negara lain, yang mana peraturan dan tradisi mendidik anak diguna dan dibenarkan.

“Apabila bercakap mengenai kanak-kanak ini, wujud masalah. Masalahnya ialah apa yang dikatakannya tidak sama dengan bukti lain dalam kes ini. Ini memberi masalah dengan pihak pendakwaan apabila merujuk kepada keterangan kanak-kanak ini. Dia menyebut banyak perkara yang didakwa dilihat pihak lain, namun masalahnya ialah apabila anda bercakap dengan saksi lain, mereka tidak dapat mengesahkan keterangan itu.

“Jadi, ia agak berbeza dengan apa yang kita dengar daripada dua anak mereka sebelum ini. Anda dapat menyedarinya apabila anda terus mengikuti perbicaraan seterusnya,” kata Stahre pada penghujung hari ketiga perbicaraan di mahkamah Daerah Solna, di sini, semalam. 

Sepanjang perbicaraan tiga hari itu, Shalwati dan Azizul dilihat mencatat nota, sambil menyaksikan dua anak mereka, Arif dan Ammar menjawab soalan sepanjang beberapa jam rakaman video terbabit.

No comments:

Post a Comment