Sunday, February 23, 2014

Akhirnya Kehadiran Ribuan Rakyat Myanmar di Kajang Diakui Benar

Akhirnya terdedah juga punca kehadiran begitu ramai Myanmar di Kajang. Begitu punya ramai rakyat Myanmar di Malaysia ditempatkan di Kajang. Apa pun alasan diberi namun pastinya akan terbongkar jua suatu hari nanti jika ada yang disembunyikan. Tiba-tiba sahaja ada tempat ini untuk mereka. Dalam keadaan Kajang sedang menhadapi pilihanraya kecil N25.


The Malaysian Insider membuat tinjauan di premis itu yang dinamakan tempat naungan pelarian, semalam dan bertemu R Ravindran, yang mula menguruskan rumah pertengahan itu pada November tahun lalu.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa rumah itu menawarkan bantuan perubatan hanya kepada negara yang dilanda peperangan.

“Kita bantu pelarian dan pencari suaka dari Myanmar dan Sri Lanka. Ada juga warga Indonesia dan Bangladesh yang datang meminta bantuan, tetapi kami tidak boleh beri,” katanya.

Ravindran, yang bekerja di sebuah syarikat peralatan rumah berkata, rumah pertengahan itu tidak menawarkan dokumen atau permit kerja kepada pendatang asing.

“Apa yang kami buat ialah menawarkan insurans perubatan kepada pendatang ini supaya mereka boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pendatang asing perlu melalui proses dan prosedur sebelum mereka boleh diberikan kad insurans perubatan.

“Apabila pendatang asing datang ke rumah ini, mereka perlu mengemukakan beberapa pengenalan diri, dan contoh paling baik ialah kad pengenalan yang dikeluarkan negara masing-masing atau pasport.

“Kita kemudian akan memberikan mereka slip temujanji dan meminta mereka datang semula pada tarikh berkenaan. Dalam tempoh itu, kita akan mengesahkan identiti pendatang itu dengan kedutaan mereka,” katanya.

Jika dokumen mereka disimpan oleh ejen yang enggan memulakannya semula, sukarelawan akan membawa warga asing berkenaan ke balai polis Kajang untuk membantu membuat laporan polis.

The Malaysian Insider mendapatk ada 12 lelaki warganegara Myanmar dan 21 wanita diberi perlindungan di rumah itu.

Semua lelaki berkenaan menderita malnutrisi dan ada antara mereka menjalani pembedahan, baru-baru ini.

Difahamkan, kebanyakan wanita yang mendapat perlindungan di situ dirujuk kepada rumah berkenaan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Orang Pelarian.

Bagaimanapun, Ravindran enggan mengulas lanjut mengenai latar belakang 21 wanita yang mendapat perlindungan di rumah itu.

Beberapa pegawai Rela kelihatan bertugas di rumah itu semalam, dan Ravindran memberi penjelasan mengenai kehadiran mereka dengan berkata:”Kita minta Rela memberi bantuan kerana ada ramai pendatang warga Myanmar datang ke sini minta bantuan.”

Katanya, rumah berkenaan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftarn Pertubuhan dan Kementerian Dalam Negeri.

Beberapa pegawai polis Cawangan Khas juga melawat rumah pertengahan itu semalam dan meminta Ravindran hadir ke Bukit Aman untuk temubual.

Difahamkan bahawa polis juga ada mendengar khabar angin mengenai warga asing meninggalkan rumah itu dengan memegang sekeping kertas dan mahu mendapatkan maklumat apa sebenarnya yang sedang berlaku. -tmi




No comments:

Post a Comment