Thursday, February 6, 2014

AHMAD AMAR AHMAD AZAM ADA ISTANA DI SYURGA

Pelik bunyinya kan? Memandai saja GeloraHatiMuda membuat andaian AHMAD AMAR AHMAD AZAM MILIKI ISTANA DI SYURGA. Percayalah gua tak memandai-mandai. Gua bukan tabib dan gua bukan juga ahli nujum, jauh sekali ilmuan agama.

Tapi berdasarkan hadis yang terdapat dalam tulisan Hamba Allah ini, adalah dyakini bahawa AMAR kini sudahpun mendapat tempat impiannya di syurga.  

Dua kali saya lihat Azam Abdul Rahman, mantan Presiden ABIM dan isterinya muncul di kaca TV berikut kematian anak laki-laki tunggal mereka, Amar dalam kemalangan jalan raya di Istanbul November lalu. 
Sekalipun terlambat saya menyampaikan takziah kepada mereka, tetapi dengan layanan istimewa yang diberikan oleh masyarakat dan kerajaan Turki terhadap pengkebumian Amar, tidak salah kiranya takziah saya itu ditukar kepada tahniah untuk kedua ibu bapa itu. 
Amar seorang talib iaitu pelajar agama yang cemerlang, justeru penguasaannya terhadap pengajiannya, dalam waktu yang singkat, dia berjaya mencapai kecemerlangan yang luar biasa hingga menarik perhatian masyarakat Islam Turki. Ilmu yang dituntutnya ialah segala keperluan yang mencakup bidang dakwah khususnya tentang sejarah empayar Othmaniyah. 
Saya juga 20 tahun lalu menghantar anak ke Turki yang saya impikan untuk menjadi kepakaran dalam sejarah keagungan empayar itu seperti pencapaian satu-satunya pakar di bidang itu iaitu Abdul Hamid Alga yang berasal dari Britain. 
Dakwah Islam memerlukan penguasaan ilmu itu. Impian itu tidak tercapai, tetapi anak Azam sedang memanjat tangga ke puncak itu ketika kembali ke pangkuan Allah.
Maka putera bertuah itu dimakamkan bersama kuburan seorang sahabat Rasulullah di Istanbul, makam yang lazimnya di khasnya kepada pemimpin dan ulama tersohor. Pengkebumian Amar dihadiri oleh pembesar dan ulama terkenal Turki. 
Dalam kedua kemunculan ibu bapanya di TV, saya kagum dengan ketabahan dan ketenangan ibu yang kehilangan anak laki-laki tunggal itu. Dia reda dengan kejadian itu, mungkin dapat saya samakan dengan kebanggaan seorang ibu di zaman Rasulullah SAW yang bangga mendengar berita anaknya syahid dalam jihad.
Saya dengar doa kedua ibu bapa itu moga-moga Amar diberi ganjaran dan kebahagian di alam akhirat. Amin.
Saya yakin doa ibu dan bapa Amar itu memang diperkenan Allah, kerana saya teringat akan hadis sahih Rasulullah SAW yang bermaksud, betapa seorang pelajar yang mati semasa menuntut ilmu, Allah sediakan istana di syurga sebesar dari rumah yang didiaminya bersama ibu bapa hingga ke tempat kematiannya.
Amar diyakini berada dalam kategori yang bertuah ini bahawa istana yang dijanjikan untuknya adalah sebesar dari Malaysia hingga ke Istanbul. 
Bayangkan betapa besar istananya itu hingga kita mengambil masa sekitar tujuh atau lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul. Istana itu adalah merentas benua. 
Jika bentuk istana itu bulat atau empat pergi dibina di muka bumi ini nescaya ia merangkum sebahagian besar benua Asia, Afrika Utara dan timur Eropah yang di dalamnya mungkin termasuk Rom dan sebahagian dari Perancis. 
Dalam Islam apa jua harta dan kekayaan yang dimiliki oleh seorang anak adalah kepunyaan ibu dan bapa, sama ada anak itu suka atau tidak suka, secara atomatis ibu bapa berhak atasnya.
Istana yang dijanjikan untuk Amar adalah hartanya di syurga, moga-moga syafaat dari anak yang soleh ini melempah kepada ibu bapanya yang beriman, dan dipercayai merasa aman dengan ganjaran yang diperoleh dari anak seperti itu. Jika kedua ibu bapa itu kekel dalam iman, tentulah istana anaknya itu juga adalah istananya. 
Maka saya tidak menyinggong Azam dan isterinya jika saya tukar takziah kepada tahniah atas berita yang tentunya satu kegembiraan. sumber asal artikel ini adalah dari harakahdaily ori (untuk pengetahuan harakahdaily sudah punya klon)

Kepada sesiapa yang masih belum membaca kisah Ahmad Amar yang membanggakan seluruh umat Islam di Malaysia sila ke Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'

Sesungguhnya gua adalah salah seorang daripada jutaan umat Islam yang menghormati almarhum dan mengharapkan lebih ramai lagi akan mencontohi almarhum.



No comments:

Post a Comment