Sunday, February 9, 2014

70 % Guru di Malaysia berisiko sakit jiwa. Siapa nak jadi cikgu sila baca ini dulu


BEBANAN tugas sebagai guru semakin teruk sejak sekian lama. Kehadiran sistem baru PBS dan SPPBS menambah tugas guru-guru. Kementerian Pendidikan buat tak tahu. Menteri pekakkan telinga dan butakan mata. Kerana apa yang berlaku pada para guru bukan masalah mereka.

Kementerian melalui pelbagai saluran sering mendabik dada berjanji untuk menyelesaikan masalah guru. Namun segalanya tinggal janji-janji kosong ibarat janji pilihanraya Barisan Nasional.

Sejak sekian lama dahulu para guru sudah bersusah payah dengan pelbagai tugasan melampau kerana selain mengajar mereka terpaksa melakukan pelbagai tugas perkeranian yang banyak dan membebankan.

Namun segalanya tidak cukup untuk merobohkan benteng kesabaran dan ketabahan para guru. Justeru itu pihak tertentu yang berkuasa ke atas dasar pendidikan negara terus berusaha agar kerja para guru ditambah semaksima mungkin.

Tidak hairan apabila sesuatu sistem baru diperkenal, guru akan menyelarnya kerana mereka tahu itu adalah bebanan baru bagi mereka.

KBSM  digelar Kerja Berat Sampai Muntah
KBSR digelar Kerja Berat Sampai Rebah

Kini muncul pula PBS dan SPPBS
PBS digelar Punya Bodoh Sangat
SPPBS digelar Siapa Punya Perancangan Bodoh Sangat

Menurut laporan kosmo yang disiarkan pada tahun 2009 pada guru-guru terdedah kepada risiko penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Menurut laporan kosmo itu lagi,
Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Laporan kosmo tersebut juga memaparkan pengakuan seorang Pakar Perunding Psikaiatri yang menyatakan bahawa 10% daripada 22,000 pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri PPUM adalah terdiri daripada golongan guru.

Jumlah itu menunjukkan bahawa 2,200 orang guru pernah mendapatkan rawatan berkenaan dengan jiwa dan mental di Hospital Universiti (PPUM)

Tahun 2014 menyaksikan seorang guru berstatus guru otai di Klang, Selangor telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Psikiatri (dirahsiakan) dan telah diberi cuti selama enam hari dan ubat penenang.

Selagi pendidikan Malaysia masih kolot dan hanya membebankan para guru selagi itu masalah pendidikan negara tidak akan selesai.

Kejatuhan pendidikan Malaysia ke tangga ke dua tercorot adalah kerana masalah yang dihadapi oleh para guru. Para guru terkejar-kejar dalam melaksanakan tugas mereka. Guru tidak dapat memberi 100% komitmen kepada pengajaran memandangkan banyak kerja bukan dasar yang perlu dilakukan.

Bantulah kempen para guru untuk memansuhkan PBS dan SPPBS demi kelangsungan pembelajaran anak-anak Malaysia yang kini terkebelakang dalam segala aspek pendidikan. Ingat Malaysia berkedudukan kedua tercorot dalam ranking dunia.

my Salute to all of u . teachers


No comments:

Post a Comment