Saturday, January 25, 2014

TUAN GURU HARUN TAIB - PERGINYA SEORANG MURABBI YANG DIKASIHI

Al-Fatihah Untuk Al-Marhum Tuan Guru Dato Harun Taib.

Tuan Guru Dato Harun Taib telah ke rahmatullah sekitar jam 12 lebih. pagi ini, 26.1.2014.

Beliau adalah lepasan Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian melanjutkan pelajaran peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Almarhum merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.
Setelah PAS berjaya memerintah kerajaan negeri Terengganu pada 1999, Almarhum menjadi Exco kanan Jawatankuasa Pendidikan Dakwah dan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Terengganu.

Almarhum terbabit dalam penggubalan Undang-Undang Syariah (termasuk hudud / qisas) di Terengganu dan Kelantan. Almarhum pernah menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

DUN Manir mempunyai tujuh peti undi iaitu Kedai Manir, Teluk Menara, Beladau Kolam, Pulau Bahagia, Batu Hampar, Pujuk dan Durian Mas. Hampir 99 % penduduk / pengundinya adalah keturunan Melayu. PAS menang di Manir sejak 1990 lagi. Dalam pilihan raya 1999, Almarhum mengalahkan Shamsuddin Sulong (BN).

Dalam pilihan raya umum 2004, Almarhum  menumpaskan Wan Sagar (BN-UMNO) dengan memperoleh 4,451 undi manakala Wan Sagar mendapat 4,141 undi iaitu majoriti 310 undi.[2]

Semoga roh beliau dicucuri rahmah ALLAH. Amin!!!

****Uniknya dua orang agamawan bernama Harun .  HARUN DIN dan HARUN TAIB masing-masing mempunyai anak bernama HAMDI

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment