Tuesday, January 28, 2014

TINDAKAN PAS TOLAK ANWAR IBRAHIM SEBAGAI MB SELANGOR WAJAR


Selagi tiada penjelasan terhadap apa yang berlaku di Kajang dan kaitannya dengan jawatan MB Selangor

Menurut setiausaha PAS Selangor itu, selagi tidak timbul isu penggantian menteri besar, parti Islam itu hanya menjadi pemerhati sahaja.

"Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.

"Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebagai calon utama kita," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan dikeluarkan selepas sidang media PKR pagi tadi yang turut disertai wakil PAS dan DAP yang memaklumkan Anwar akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas dikosongkan.

Semalam bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan kerana dikatakan mahu memberi laluan kepada Anwar yang mahu menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Menurut Mohd Khairudin, pihaknya mengikuti perkembangan politik di Selangor secara langsung dan berhati-hati.

"Kita akan menghantar nama ini untuk pertimbangan PAS Pusat dan terserah kepada kepimpinan pusat untuk menentukannya kemudian. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya.

"Apa pun keputusan kita dalam Pakatan Rakyat (PR) kita yakin ia mestilah membawa kepada kestabilan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PR," katanya.

PKR hari ini mengesahkan akan meletakkan Anwar sebagai calon bagi kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee semalam.

Keputusan itu diumumkan oleh Abdul Khalid di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang," kata Abdul Khalid. – 28 Januari, 2014.

Selagi tiada penjelasan terhadap apa yang  berlaku di Kajang dan kaitannya dengan jawatan MB Selangor selagi itu akan ada suara-suara sumbang daripada penyokong PR sendiri. Apa pun yang berlaku rakyat dan pengundi perlu tahu.

AMK dengan cara terbuka melaungkan agar DSAI jadi MB Selangor menunjukkan sesuatu sedang berlaku dalam PKR. Namun bukan semudah itu mengambil alih jawatan MB yang dipersetujui PAS dan DAP.

DAP dan PAS bersetuju menyerahkan jawatan MB kepada Khalid Ibrahim bukan orang lain dalam PKR.

Sekiranya TS Khalid Ibrahim meletak jawatan, maka PAS berhak meletakkan siapa jua calonnya untuk dinobatkan sebagai MB Selangor yang baru atas kapasiti parti Melayu Islam paling banyak kerusi di Selangor berbanding PKR. Satu keadaan yang bakal membawa kepada keributan yang tidak kurang hebatnya.

Meskipun DAP miliki kerusi terbanyak tetapi prinsip kerajaan negeri Selangor hanya menerima MB dari kalangan orang Melayu Islam.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment