Friday, January 24, 2014

TIADA USAHA GUGURKAN KHALID DARI JAWATAN MB

Azmin dilagakan dengan MB Selangor sekarang. Macam-macam cerita disiarkan untuk mnembahkan api dalam kemelut Azmin -Khalid. Khalid Ibrahim adalah MB pilihan sebulat suara oleh semua Adun PAS dan DAP Selangor.

Jika berlaku pemecatan MB Khalid, kedua-dua parti komponen PR itu pasti tidak akan bersetuju. Khalid bukan sahaja mendapat sokongan para ADUN tetapi majoriti rakyat Selangor.


PKR menafikan laporan sebuah akhbar yang mendakwa Timbalan Presidennya, Azmin Ali bakal menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat pada 15 Januari, isu tersebut tidak dibincangkan.

"Mesyuarat itu tidak membuat keputusan yang bersetuju untuk menggantikan beliau (Khalid).

Kami memandang serius isi kandungan dan anggapan laporan akhbar itu," katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, mesyuarat tersebut membincangkan isu Selangor antaranya kenaikan yuran lesen perniagaan, isu air dan kenaikan elaun.

"Kami hanya bincang isu Selangor. Isu kenaikan yuran lesen perniagaan, penyusunan semula aset air Selangor...berkenaan Projek Langat 2 dan kenaikan elaun.

"Tak bincang (lucut jawatan Menteri Besar). Jadi tak timbul isu Azmin ganti Khalid," katanya.

Namun, beliau akui melalui mesyuarat yang dipengerusikan Azmin itu, ada ahli yang menyuarakan pendirian keras iaitu melucutkan Khalid.

"Ada yang ambil pendirian ekstremis yang membawa kepada pelucutan Khalid. Empat atau lima orang daripada 55 ahli tapi adakah pandangan mereka menjadi keputusan mesyuarat? Tidak.

"Itu lumrah dalam parti (pandangan ekstremis). Tapi ini pertama kali berlaku dalam mesyuarat (ahli menyatakan cadangan keras)," katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa Azmin tidak pernah membawa usul agar Khalid dilucutkan jawatannya.

"Masa bincang tentang pelucutan Azmin (PKNS), Azmin pengerusikan mesyuarat itu tapi ketika bincang, beliau keluar dan diambil alih orang lain," katanya lagi ~ Sinar Harian

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment