Friday, January 10, 2014

SUBSIDI BUKAN PUNCA HUTANG NEGARA TINGGI - Prof Dr Amir


Perbuatan pak Menteri dan balaci-balacinya yang sering cuba untuk meletakkan subsidi sebagai punca kerajaan banyak berhutang disanggah oleh seorang Prof.

Prof ada banyak prof, namun Prof ini bukanlah spesis kangkong atau kongkang yang sanggup meletakkan ilmu di dalam longkang demi membodek kera jaan.

Beliau adalah Pakar Ekonomi di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Amir Hussin Baharuddin.

Beliau berkata Kerajaan Pusat tidak patut menyalahkan pemberian subsidi sebagai punca peningkatan hutang negara.

“Ada orang yang pandai nak merealisasikan kos dan subsidi. Katanya tak payah subsidi tetapi saya nak tekankan di negara maju seperti Jerman juga mereka ada subsidi.

“Syarikat besar ini dia meminta menambah pendapatan tatkala dia sedang dalam keuntungan, sepatutnya sama-samalah susah,” kata Dr Amir Hussin.

Dr Amir Hussin merupakan salah seorang panelis Wacana Sinar Harian siri ke 25 yang membincangkan tajuk Kejutan Ekonomi Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam program sama berkata, tindakan Kerajaan Pusat mengambil setiap sen wang dari saku rakyat tidak menggambarkan pertumbuhan ekonomi dalam keadaan baik.

“Kita tengok setiap tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pertumbuhan ekonomi yang baik lima peratus, empat peratus, kaya ini dan itu tetapi pada masa sama pertumbuhan ekonomi yang dicanangkan BN itu kesan tak sampai kepada rakyat.

“Rakyat tanya sekarang ini kalau betul pertumbuhan ekonomi bagus, negara kaya macam ini kenapa kerajaan nak berkira walau harga 20 sen subsidi gula pun kerajaan mahu ambil dari rakyat,” kata Rafizi lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Kerajaan Pusat bertindak secara tidak telus dengan menaikan harga sesuatu barangan secara mengejut sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat.

Wacana yang menarik minat kira-kira 200 hadirin yang memenuhi dewan itu dipengerusikan penganalisis politik dan juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik.
EZY

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment