Friday, January 10, 2014

SOTONG GERGASI SANTA MONICA ADALAH PALSU


Sebuah artikel yang menyiarkan gambar seekor sotong biasa berukuran gergasi terdampar di pantai Santa Monica, California  beberapa hari lalu adalah palsu.

Artikel bertajuk “Second Giant Sea Creature Washes Ashore Along Santa Monica Coastline,” tulisan BUTCH WITT dari http://www.lightlybraisedturnip.com/ disebar meluas di rangkaian sosial seperti Facebook dan twitter.

David Emery, seorang penulis About.com mendakwa gambar tersebut sebagai palsu dan dihasilkan melalui teknik photoshop. Menurut beliau gambar tersebut berasal dari gambar penemuan sotong sepanjang 30 meter di Pantai La Arena, Cantabria, Sepanyol pada October 2013.

Beliau turut mendakwa Pengurus Santa Monica Parks,  Cynthia Beard dan Professor Martin L. Grimm dari Santa Marino College yang kenyataan dipetik www.lightlybraisedturnip sebenarnya tidak wujud




adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment