Monday, January 20, 2014

SKANDAL - WANITA -WANITA YANG BERJAYA MENGODA /MEMALUKAN PEMIMPIN DUNIA

Kesempatan ini juga gua ingin memperkenalkan blog tersebut. Menurut yang empunya blog. Blognya hanya tentang isu santai sahaja. Tiada yang berat-berat. Dia tidak berhasrat untuk popular tetapi untuk kepuasan sendiri. Harap dapat support blogger baru ini. Link blig Tiang Seri ada di bloglist Rakan Blogger1.


Lelaki dilahirkan sebagai Pemimpin bagi kaum Wanita, tetapi kebanyakan lelaki selalu mengambil kesempatan atas kelemahan wanita. Apatah lagi, jika lelaki itu mempunyai harta kekayaan dan kuasa. Wanita pula dilahirkan dalam segala bentuk kelemahan. Tapi apakah wanita yang serba lemah ini hanya menurut saja kemahuan lelaki ?...rasanya tidak, walaupun dikatakan lemah, tetapi wanita mempunyai daya pengaruhnya sendiri, Inilah keunikan seorang yang bernama wanita, memang tak boleh disangkal 'kesenian' ini. 'Seni' halus dari raut wajah, halus budi bahasanya, jelingan manja dan alis matanya, boleh membuatkan seorang yang bernama lelaki 'tumbang' tanpa sedar.

Sejarah sendiri telah mencatatkan bagaimana runtuhnya empayar dan kuasa yang dibina oleh seorang lelaki angkara bujukan seorang wanita..antaranya percintaan Napoleon Bonarparte dan Josephine, Antony dan Cleopatra, Hitler dan Matahari dan banyak lagi.....

Lihat saja beberapa tokoh-tokoh ternama dunia, bagaimana mudahnya mereka terpalit dengan isu-isu seperti ini,.antaranya...


Hubungan antara Bill Clinton bersama pasangan nya, Monica Lewenski pernah menggemparkan dunia maya. Gossip itu mula muncul sekitar tahun 1998, ketika itu Lewenski masih berumur 21 tahun dan bekerja di White House. Monica sendiri pernah menceritan kepada teman nya,'Linda Tripp' tentang hubungannya dengan Bill Clinton. Teman nya itu telah merakamkan semua perbualan itu dan mendedahkan kepada umum.Presiden Bill Clinton sendiri pernah menafikan tuduhan hubungan seksualnya dengan Monica Lewenski. Tapi akhirnya tuduhan itu betul dan diakui sendiri oleh Bill Clinton selepas di selidiki.


Spekulasi percintaan antara John F Kennedy dan Marilyn Monroe mula tersiar bila Marilyn menyanyikan lagu 'Selamat Ulang Tahun, Tuan Presiden' dalam satu upacara menyambut Ulang tahun F Kennedy di Madison Square Garden pada 19 mei 1962. Ketika itu ramai sudah menduga hubungan mereka sudah ke peringkat perselingkuhan. Marilyn yang dikhabarkan mati secara tragis dam misteri selepas terputusnya hubungan dengan Kennedy, menambahkan lagi teori konspirasi antara mereka berdua....


Tembelang bekas Perdana Menteri Itali juga bocor. Seorang Model Brazil, Michelle Conciecou berkata.."Saya berada di Pesta itu 'bunga-bunga' dan dia (Berlusconi) tidur dengan Penari bernama 'Karima el Mahroug' 17 tahun. Di Itali, Gadis seusia 14 tahun dianggap sudah dewasa, tetapi membayar mereka untuk hubungan seks dianggap jenayah dan pelakunya akan dikenakan penjara 3 tahun jika disabitkan kesalahan.

Terbaru dan masih hangat diperbualkan oleh rakyat Perancis terkini mengenai hubungan intim Julie Gayet dan pasangan nya Francois Hollande. Hubungan intim ini didedahkan buat pertama kalinya oleh sebuah akhbar tabloid mingguan Perancis, 'Closser'. Majalah tersebut menyiarkan beberapa gambar dalam halaman nya bagi memperkuatkan tudingan nya terhadap Hollande. Bagaimanapun dalam temubualnya dengan AFP, Hollande menyatakan akan mengambil tindakan undang-unang terhadap Majalah Closser atas dakwaan melanggar hak peribadi rakyat Perancis....... oleh blogger Tiang Seri

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment: