Friday, January 17, 2014

SI SEPET MATA DAN SI KAKI BOTOL SATU PENGHINAAN TIDAK WAJAR


Biro Tata Negara merupakan agensi kerajaan yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kewujudan agensi ini kononya dengan hasrat memupuk nilai patriotisme dan nilai-nilai murni serta menjadikan rakyat setia negara.

Hasrat ini telah menghalalkan jutaan ringgit wang rakyat digunakan oleh agensi ini. Namun bukan sekali ini agensi ini digunakan secara salah oleh parti pemerintah untuk memperkukuhkan kekuasaan politik dan memanipulasi untuk tujuan memfitnah saingan politik mereka dalam majlis - majlis anjuran BTN. Malah ada laporan menyatakan dengan jelas bahawa dalam majlis anjuran BTN dimasukkan elemen anti kaum tertentu.

Terbaru Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain dilaporkan oleh media internet The Malaysian Insider telah mengeluarkan kenyataan menghina kaum lain dalam Majlis yang dianjurkan oleh Puteri Umno.

Selepas berita tersebut disiarkan banyak pihak termasuk Puteri Umno sendiri mendesak agar Boo Su-Lyn iaitu wartawan yang menyusup masuk ke Majlis Puteri Umno itu dikenakan tindakan kerana menceroboh.

Namun tidak ada satupun penafian dari pihak Biro Tatanegara mengenai Penolong Pengarahnya yang hadir program Puteri Umno dan mengeluarkan kenyataan perkauman.

Selaku penjawat awam, Hamim Husain perlu bertanggungjawab mengenai kenyataanya dan BTN sendiri juga perlu dipertanggungjawabkan.

Namun pada (4 Oktober 2010) Hamim Hisain hadir di balai Polis Sentul untuk membuat laporan polis bagi membela dirinya. Malangnya beliau yang hadir tidak seperti pegawai agensi kerajaan yang 'makan gaji' dengan wang rakyat. Beliau hadir dengan diiringi oleh Perkasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang akhir - akhir ini begitu gigih membakar sentimen perkauman.

The Malaysian Insider dalam laporannya minggu lalu mendakwa Hamim menghina dan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata' dan 'si kaki botol'. - Redzuan Shah

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment