Sunday, January 19, 2014

SHAFIE DAH MULA MEMBEDAL

Lama dah tak dengar berita menteri kita ni. Sunyi sepi macam tikus jatus ke beras. Entah mengapa tiba-tiba dia keluar dari gubuk beras untuk melonterkan kecaman terhadap pembangkang.

Pihak pembangkang diminta supaya tidak terus mempolitikkan isu kenaikan harga barang dengan memberi gambaran kepada rakyat seolah-olah negara sedang berhadapan dengan masalah ekonomi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata pihak pembangkang sepatutnya turut bersama-sama mencari jalan untuk membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan harga barang dan bukan hanya mengkritik kerajaan.

"Mereka nak dapat dari segi sokongan rakyat semata-mata, tidak mahu selesaikan masalah rakyat.
"Kalau benar harga barang ini membebankan rakyat, kerajaan di bawah pemerintahan pakatan (pembangkang) di Selangor, kempen lah... bagaimana nak kurangkan harga barang di situ," katanya kepada pemberita selepas melawat dan meninjau harga barang di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng hari ini.

Mohd Shafie tidak menafikan berlaku peningkatan harga barangan tertentu tetapi menurutnya masih ada tempat yang menjual barang dengan harga murah.

"Bukan saya nak nafikan tentang peningkatan harga barang... ada... tetapi di setengah tempat ada harga menurun seperti di sini (Pasaraya Mydin di RTC).

"Nampak sangat ketara (harga barang) di sini jauh lebih murah, jadi kalau boleh masyarakat berhampiran datang berkunjung ke tempat yang harganya berpatutan supaya mengurangkan bebanan mereka," katanya. – Bernama

Bukan maslah ekonomi ke yang berlaku sekarang cik Shafie woi

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment