Sunday, January 12, 2014

SEBENARNYA UG DALAM PAS TERLALU KUAT

Tersentap seketika apabila membaca tulisan Aziz Bari ini. Artikel penuhnya panjang tapi di sini cuma dipaparkan sesuatu yang seharusnya difikirkan bersama. Sejauh mana PAS kuat untuk membentengi parti daripada anasir UMNO.

Kekalahan Mat Sabu di kubu kuat PAS menjadi persoalan. Tanpa TGNA kelak ke mana hala tuju PAS. Kita melihat dari jauh bagaimana PAS dirobek dari dalam. Permusuhan ketara dalam Muktamar yang baru lalu.

Kewujudan page-page pro penyatuan UMNO-PAS tanpa segan silu menyatakan hasrat. Nyata mereka adalah kelompok UG.

Ini penjelasan Aziz Bari

Ini disebut selepas pertemuan antara menteri besar dan perdana menteri. Kita tunggu apa yang akan berlaku. Tetapi setakat ini sikap Umno ini berdolak-dalik.

Lihat saja apa yang akhirnya disebut oleh Tan Sri Annuar Musa meskipun pada mulanya beliau kelihatan begitu bersemangat untuk melihat hudud dilaksanakan.

Kelihatannya Umno tahu bahawa umpan Islam ini mudah untuk mengelirukan PAS. Dan sudah beberapa kali mengena. Kali pertama melalui kerajaan campuran pada 1972.

Apa pun PAS kemudiannya ditendang keluar dari BN pada 1977. Ia turut menyebabkan kehilangan Kelantan pada awal 1978.

PAS sekali lagi memberi nyawa kepada Umno selepas 2008 dengan idea kerajaan perpaduan yang menggagalkan gagasan 16 September 2008.

Dua contoh ini jelas memaparkan bahawa rekod pertembungan Umno dan PAS tidak menggambarkan kelicikan PAS: Umno yang dapat nafas dan boleh bertahan.

Itu cukup membimbangkan dalam keadaan Nik Aziz sudah tiada. Memang Mohamed Sabu masih ada.

Tetapi lihat saja bagaimana beliau digasak dalam pertandingan timbalan presiden yang lalu walaupun akhirnya menang.


Dan beliau tewas dalam pilihan raya umum: di kawasan yang tradisinya kubu PAS yang pernah diwakili oleh Datuk Fadzil Noor.


Dalam soal hudud ini Umno telah berulang kali menyatakan ia tidak akan melaksanakannya. Cuma kali ini kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita sama-sama tunggu. (MK)

**Mengapa terdapat individu dan kelompok dalam PAS masih mahu bersekutu dengan UMNO sedangkan prinsip ISLAM cara mereka adalah jelas dan NYATA??

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment