Thursday, January 30, 2014

RAFIZI, MAT SABU DAN AZMIN TERLEWAT TAPI TAK TERLAMBAT

Keputusan yang dibuat PKR dalam percaturan politiknya untuk menempatkan Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk rakan-rakan dalam PR sendiri.

Di satu tahap Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot PRK Kajang jika tidak diberi penjelasan.

Ancaman Pemuda PAS Selangor itu juga bermakna bahawa mereka juga tidak mendapat maklumat awal daripada PKR. Perasaan sayang kepad PR menyebabkan ramai mengkritik tindakan PKR itu.

Gua pun tidak terlepas. Persaaan marah membuak-buak kerana gua tak ada info yang tepat. Gua marah kerana setelah rakyat bersusah payah, berpahit jerih memperjuangkan ABU dan meletakkan kepercayaan kepada PR, akhirnya PR menunjukkan mereka seperti umno bn berebut kuasa.

Siapa pun pada ketika itu akan bertanggapan demikian. Penyokong PR sayang akan pemimpinnya seperti Anwar Ibrahim,Khalid Ibrahim, TGNA, TGHH, LGE dan lain-lain. Oleh itu penyokong PR akan berasa sedih apabila sesutu yang boleh merosak imej mana-mana pemimpin berlaku.

Setelah suasana kecoh dan kelam kabut, baharulah keluar pernyataan rasmi dariapda pemimpin-pemimpin dihormati seperti Rafizi, Mat Sabu dan Azmin.

Rafizi dengan panjang lebar menernagkan A-Z. Alhamdulillah akhirnya penyokong dan pengundi faham.

"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.
"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir
"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya. - tmi. baca sepenuhnya di SINI

Mat Sabu pun berbuat perkara yang sama sekaligus menjelaskna bahawa PAS tidak akan boikot PRK Kajang.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.
Azmin pula, walaupun hanya berkias tetapi tetap berperanan memberi keyakinan semula kepada para penyokong dan pengundi PR bahawa apa yang dilakukan di kajang  tiada kaitan dengan Gila Kuasa.

Perbuatan membuat kejutan sebgini tanpa diketahui punca dan alasan memberi impak negatif kepada PR. PR tidak boleh kehilangan walaupun satu undi/sokongan. Jika satu pergi maka pasti ada yang mengikut.


Alhamdulillah . Segalanya selesai sekarang.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

4 comments:

  1. Saya nampak percaturan di Kajang ini adalah satu langkah strategik. Rafizi dan Azmin juga mengesahkan demikian. Jadi langau2 Pemuda PAS yang kecuh2 ni, kalau taak reti, diam adalah lebih baik. Pucuk pimpinan PAS Pusat tak kata apa pun, nampaknya lebih sudu dari bubur..

    ReplyDelete
  2. Sokong Boss...gua pun tak terlepas dari tanggapan tersebut. kalau itu le caranya GUA SETUJU.

    ReplyDelete
  3. moga semua dalam pakatan kembalikan saf perjuangan melawan gerombolan penyangak yang memerintah ! ABU !

    ReplyDelete
  4. harus dibaca bersama dengan konspirasi pemecatan azmin dari PKNS, konon nya dipecat oleh DS Khalid, bila terdedah, macam boleh agak kenapa isu ini sengaja dicipta. untuk menggambarkan DS Khalid memecat azmin. Maka trgambarlah DS Khalid ni jahat dan tak layak jadi MB. Bila DS khalid menunjukkan keberanian, menyiasat dan mendedahkan apa yang berlaku, maka ada yang panas punggung, maka beralih ke plan B, Mungkin DS Anwar kena ugut olih puak puak azmin dan DS Anwar merasakan perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah, Caranya Azmin tak perlu jadi MB dan DS Khalid tak perlu dipecat sekarang kerana pecat memecat bukan kerja yang DS anuar boleh lakukan, DS Khalid boleh jadi MB kerana MB adalah pilihan 3 parti lagi pun Tuanku Sultan mesti perkenan. Bila DS Anwar masuk dan dilantik sebagai EXCO, apa apa tindakan DS Khalid dapat dipantau secara resmi dan terus. Azmin nak kutuk pun big boss dia ada didalam dan DS Anwar punya peluang untuk menyusun PKR Selangor, kemungkinan Azmin dalam posisi bahaya dan bertahan agak lebih besar. Kelicikan politik DS Anwar dapat dibaca. cuma pengorbanan yang agak besar oleh rakyat dalam kemelut ini. Alasan BN nak rampas selangor adalah lemah, selama ini pun itulah kerja UMNO. Satu perkara yang menarik, demi menjaga integriti bagaimana kalau DS Anwar tidak suruh DS Khalid berhenti kerana menjaga hati Majlis Presiden PR. Siapa yang kecewa dan siapa yang rugi....... mungkin akan ada Ezam kedua, tiada lagi sumpah pemuda, sumpah keramat.

    ReplyDelete