Friday, January 31, 2014

PHILLIP MORIS BAKAL PASARKAN 'MARLBORO M' ROKOK GANJA PERTAMA DUNIA


Phillip Morris, pengeluar rokok terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mula menghasilkan rokok ganja. dan dipasarkan di bawah jenama " Marlboro M ".  Rokok tersebut akan dijual melalui kedai-kedai ganja berlesen di Colorado dan Washington apabila ganja dihalalkan di segi undang-undang di kedua-dua negeri tersebut lewat tahun ini.

Serafin Norcik , Naib Presiden Pemasaran Phillip Morris berkata dalam satu wawancara menyatakan syarikat itu serius dengan idea pemasaran ganja.

Norcik menambah bahawa mereka telah mula menghubungi bekas otai-otai dadah di Mexico dan Paraguay, dua negara yang menghasilkan ganja terbesar di dunia pada masa ini bagi kemungkinan menubuhkan sebuah rangkaian pengedaran di seluruh benua Amerika Utara dan Selatan.

Pengumuman beliau menyebabkan saham Phillip Morris meningkat kepada $ 998,00 dari $ 83,03 hanya beberapa jam selepas pengumuman iawam terhadap usaha mengeluarkan rokok ganja.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment