Friday, January 24, 2014

PENOLONG PEGAWAI DAERAH DIPUKUL KETIKA MENJALANKAN TUGAS - SIAPA BAKAL JADI KAMBING HITAM?





Dalam video ini kelihatan mereka yang terlibat adalah ramai. Namun yang ketara hanya seorang. Siapa yang bakal menjadi kambing hitam untuk menyelamatkan demonstran yang terlibat?

Tujuh telah ditahan namun belum pasti didakwa walaupun bukti video perlakuan mereka dapat dilihat dengan jelas.

Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di George Town semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara pukul 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.
"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai-gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan
adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment