Friday, January 17, 2014

PENJELASAN TENTANG PUSAT GIAT MARA SELAYANG


Media masih cuba 'memanaskan' isu PUSAT GIAT MARA. Satu persatu pemimpin UMNO keluar TV buat kenyataan menuduh Kerajaan Selangor tidak mementingkan pendidikan rakyat dan tidak bertanggungjawab.

Mereka nampaknya telah MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI sebab dalam masa yang sama pihak pengurusan dan guru2 serta pelajar tidak ada apa apa masalah serta konflik dalam isu ini kerana mereka faham APA YANG BERLAKU sebenarnya.

Too much retrorik politik dalam UMNO sampai sanggup menipu rakyat diluar sana untuk MENUTUP KESALAHAN SENDIRI..

Menyentuh sedikit berkaitan isu Pusat Giat Mara Selayang yang heboh diperkatakan ditutup oleh kerajaan negeri oleh UMNO-BN sebelum ni, sikap UMNO yang seolah-olahnya jaguh orang melayu tetapi HIPOKRIT dengan sekian lama membiarkan pusat latihan Giat Mara yang memberi latihan kepada anak bangsa dalam keadaan TIDAK SAH STATUS TANAH dan juga KEADAAN BANGUNAN DAN KEMUDAHAN SERBA KEKURANGAN.

Pusat Giat Mara Selayang berkapasiti pelajar lebih kurang 100 orang termasuk yang sedang melakukan latihan industri diluar, dengan dua sessi pengambilan setiap tahun bagi kursus elektrik dalam tempoh 2 tahun.

Didapati keadaan infrastruktur bangunan memang amat perlu dinaik taraf untuk keselesaan pelajar khususnya dewan kuliah yang ditempatkan dalam kabin dua tingkat yang serba kekurangan begitu juga keadaan persekitaran yang SANGAT SEMPIT DAN TIDAK SELESA.

Difahamkan bahawa banggunan ini adalah diubah suai dari dewan orang ramai. Sepatutnya pihak kerajaan persekutuan dan Giat Mara perlu lebih perihatin dengan memastikan kebajikan dan keselesaan pelajar agar mampu menimba ilmu dan latihan dengan baik.

Atas keperihatian Kerajaan Negeri Selangor, dimana setelah mendapati Pusat Giat Mara ini berada di atas tanah kerajaan negeri secara tidak sah status dan tanpa izin ini masih dibenarkan beroperasi dan menawarkan BANTUAN KEWANGAN sekiranya pihak Giat Mara tidak mampu untuk membaik pulih infrastruktur bangunan tersebut ke tahap yang sesuai dan mencapai piawai sebagai sebuah institusi latihan dalam tempoh yang diberikan.

Kerajaan Negeri juga akan menawarkan tempat yang lebih sesuai sekiranya Pusat Giat Mara ini ingin berpindah memandangkan sekarang ianya berada di tengah kawasan perumahan yang sempit.

Perbincangan demi perbincangan telahpun dilakukan dan akan terus dilakukan agar Pusat Giat Mara ini kekal untuk kemudahan belia-belia Selayang mendapat latian teknikal dan dalam masa yang sama mengharapkan agar Giat Mara dapat bekerjasama dgn kerajaan negeri untuk menaiktaraf Pusat Giat Mara ini di kepada yang lebih baik.

Seandainya memang kawasan itu tidak sesuai, Kerajaan Negeri akan mengenal pasti tempat yang lebih sesuai disekitar Selayang.

So tak perlulah pihak UMNO-BN nak tunjuk hero dengan FAKTA yang salah dan tidak tepat lagi. Segala propaganda UMNO-BN melalui blogger2 dan cybertrooper malah media perdana yang dikuasainya tidak mencerminkan ketelusan dalam setiap isu yang mereka bawa. Lawatan tempoh hari dan juga semalam (khamis 16 Januari) disambut baik dan mesra oleh pihak pengurusan dan guru-guru yang bertugas jelas menunjukkan PROPAGANDA UMNO-BN GAGAL dalam isu ini.

Sekian. Terima kasih. - Orenji

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. syabas dan wajib berita ini diheboh/sebarkan seluas munkin kerana banyak spesis 'nfc' percaya fitnah khianat umporno & para penyelewengnya ! ABU !

    ReplyDelete
  2. INI BUKAN YG PERTAMA,GIATMARA SABAKBERNAM DAH DIKUBURKAN..

    ReplyDelete