Monday, January 13, 2014

MESTI TONTON!! KANGKUNG TURUN HARGA KENAPA TAK PUJI KERAJAAN


Rupa-rupanya inilah punca sebenar Najib digelar PM kangkong oleh ramai facebooker. Najib minta rakyat Malaysia puji kerajaan kerana berjaya menurunkan harga kangkung. Nak buat macam mana inilah kualiti PM kita. 

Menurut rakan blogger PM kita ni satu-satunya PM Malaysia yang tak menamatkan pengajian peringkat Degree di UK.

Kalau First Degree pun tak abis. apa nak dikatakan. beginilah jadinya. Apabila orang cerita pasal pelbagai barangan naik melampau hingga menjejaskan kehidupan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, dia dok cerita pasal harga kangkung turun. Berapa sen harga kangkung turun? 

Dapatkah penurunan harga kangkung mempengaruhi penurunan harga barangan keperluan lain?  

Konsep turun lima duit, nak sepuluh ringgit masih kekal jadi mainan kerajaan. Bagi BR1M RM600 diharap dapat tahan setahun. Sebelum bagi BR1M kerajaan dah balon berbilion duit rakyat hasil dari pelbagai kenaikan harga barang berpunca dari kenaikan harga minyak. 

Itu tidak termasuk kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang dinaikkan sendiri oleh kerajaan seperti, gula. Dari sudut mana kerajaan dapat buktikan pemberian subsidi ke atas harga gula jika harga sebenar gula adalah seperti dibawah?

Dengan harga gula sekarang bermakna Al bukhari untung RM 1.46 setiap satu kg gula. Berapa sen pula subsidi dari kerajaan? Jika kerajaan beri subsidi kepada AL bukhari sebanyak 10 sen, bermakna harga sebenar gula di Malaysia adalah RM2.94. 

Memang betul kata cikgu gua dulu, perbezaan orang berpendidikan dengan yang tak berpendidikan sangat ketara.
.



adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment