Thursday, January 30, 2014

MEMANG ADA PERSETUJUAN TUKAR JAWATAN ANTARA KHALID IBRAHIM DAN ANWAR IBRAHIM


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi MB Selangor setelah memenangi PRK DUN Kajang kelak. Ini adalah kerana kedua-dua pemimpin berkenaan telah bersetuju untuk bertukar jawatan demi kebaikan negari Selangor menjelang paeralihan kuasa dalam umno di mana Najib Razak dijangka akan digulingkan oleh kelompok tajaan Mahathir.

Percaturan Anwar dan Khalid itu sebenarnya satu usaha untuk mempertahankan kerajaan PR Selangor daripada dirampas BN setelah PM baru menguasai kerajaan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) dikatakan sudah bersetuju untuk mengambil alih jawatan penasihat ekonomi Selangor selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai menteri besar, kata sumber PKR. 
The Malaysian Insider difahamkan, dalam satu pertemuan bersama Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada hujung minggu, Abdul Khalid dikatakan sudah bersetuju dengan cadangan agar beliau dan ketua pembangkang itu bertukar jawatan demi kestabilan parti dan Pakatan Rakyat (PR) secara keseluruhannya. 
"Apabila Wan Azizah membuka mulut dan meminta Khalid lepaskan jawatan menteri besar, Khalid tahu masanya sudah sampai untuk dia berundur," kata sumber itu merujuk kepada presiden PKR yang menjadi pembela Abdul Khalid dalam parti itu selama ini. 
"Walaupun Anwar menjadi MB, Khalid masih boleh memainkan peranan besar sebagai penasihat ekonomi," kata sumber yang dekat dengan kumpulan Anwar dengan syarat namanya dirahsiakan
Dengan memikirkan keadaan semasa maka eloklah mana-mana pihak yang sebelum ini berazam memboikot PTK Kajang bertukar fikiran. Segala kekeliruan telah dijelaskan. Terbuktilah segala yang dibuat mereka tidak lari dari aspirasi membawa PR ke Putrajaya. -tmi

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment