Saturday, January 25, 2014

MAKHLUK ALLAH YANG PALING DIBENCI UMNO BIKIN PANAS LAGI



Inilah manusia yang paling dibenci umno di Penang. Pelbagai tuduhan dan tohmahan ditujukan kepadanya oleh mereka yang tidak sealiran dalam pemikiran dan pegangan politik.

Sesungguhnya manusia ini adalah pemerintah Pulau Pinang yang paling banyakk berjasa kepada kemajuan Islam negeri itu. Di bawah pemerintahannya, pelbagai insentif untuk kemajuan Islam negeri itu diwujudkan.

Pada tahun 2012 Lim Guan Eng telah menggunakan kapasitinya sebagai Ketua Menteri untuk memberi sebidang tanah milik kerajaan negeri bernilai Rm73 juta terletak di Jalan Scotland untuk membina sebuah Kompleks Mahkamah Syariah setinggi tujuh tingkat bernilai RM36 juta. Guan Eng juga telah memberikan tender kepada sebuah syarikat bumiputera tulin iaitu Ihsara Sdn Bhd yang langsung tiada kena-mengena dengan UMNO dan mamak

Dengan hasrat mewujudkan satu rumah satu tahfiz, Lim Guan Eng mengumumkan insentif untuk setiap tahfiz. Beliau menambah insentif itu perlu untuk membentu umat Islam mengenali Al Quran dengan terperinci. Katanya, umat Islam yang mengikut perintah Al Quran tidak akan melakukan sebarang jenayah seperti makan rasuah.

Namun beliaulah yang domomokkan sebagai anti melayu dan Islam. Siapakah ketua menteri BN yang memerintah Pulau Pinang berbuat lebih baik terhadap Islam dan Melayu berbanding Lim Guan Eng. Jawapannya sudah pasti tiada.

Hari ini Lim Guan Eng menunjukkan keperihatinnya kepada nasib melayu di Pulau Pinang.  YAB Lim Guan Eng dan exco negeri Pulau Pinang mengunjungi keluarga mangsa kebakaran di Sungai Batu Bayan Lepas.

Sebelum ini LGE juga melawat dan memberi sumbangan kepada bapa mangsa mati lemas di Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang. Kalaulah LGE dan Exco Negeri Pulau Pinang jenis double standart dah sah-sah dia orang tidak akan datang seperti yang kebanyakan pemimpin BN buat terhadap penduduk Kuantan semasa banjir baru-baru ini, ini kerana kita tahu Bayan Lepas adalah merupakan kubu kuat BN.

Rakyat boleh berfikir dan menilai negeri Pulau Pinang semasa pemerintahan UMNO/BN dengan DAP/PR.

Isu perkauman sempit dan agama jijik yang dimainkan oleh pihak tertentu tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang ..

Untuk memberi bantuan, boleh hubungi mangsa di alamat 291, Mukim 11, Sungai Batu, Teluk Kumbar atau melalui akaun CIMB 0714-0187-9975-23 (Shahini bin Shafie)

Semoga mangsa kebakaran sabar menghadapi dugaan. pada rakan-rakan semua jangan takut untuk bersedekah.



adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment